Raya Korban.... untuk siapa???
"Ana!!! cepat ... dah pukul 8 ni...", jerit emak memanggilku. ' hish, org laki ni x paham2 ke yg kte ni prmpuan', getus ku sendirian. Namun kupercepatkan juga langkahku mengejar waktu. Raya kali ni hanya satu kereta yg pergi solat raya kerana yg lain uzur syarie, nampaknya hanya aku dan kakakku ank perempuan yg pergi. Sentra abah meluncur laju mengejar ingin bertakbir bersama di masjid. " Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.." sayup takbir bergema dari tempat parkir kereta.. fuh, ramai betul orang hari ini, Alhamdulillah. Aku dan kakakku terpaksa mengambil tempat diluar kerana sudah terlalu penuh di dalam. Taktala menunggu solat raya, aku hanya mampu melihat akak disebelahku yg hanya memakai selendang nipis menutup mahkotanya... Usai solat raya, kami bertakbir lagi ... Khutbah kali ini penuh semangat walau suaranya x begitu jelas kerana aku duduk diluar.. namun penyampaiannya begitu bersemangat . inilah khatib2 yg kita perlukan.. Tika aku cuba mendengar ...