Mengambil I"brah dari Musibah...
Khamis, 17 Februari 2011 5.00 a.m. " Allah... dah pukul lima" detik hatiku taktala bagun untuk bersahur.Bangkit sahaja aku dari pembaringan kulihat pintu balkoni luar yg sepatutnya bertutup terbuka separuh. Hatiku tidak merasa apa-apa tika itu kerana memikirkan mungkin emak sudah bangun awal untuk menghirup udara segar di waktu fajar. Terus sahaja aku tuutp pintu itu dan turun untuk bersahur. Kelihatan segalanya baik-baik sahaja. 6.10 a.m. " Allahuakbar..", taktala aku baru sahaja ingin bertakbiratul ihram menunaikan solat fajar kudengar suara kekecohan dari kamar emak dan abah. Kedengaran seperti ada orang telah pecah masuk ke dalam rumahku! Perasaanku terasa tidak enak, terasa laju pula kuhabiskan solatku waktu itu. Usai solat subuh, aku segera ke kamar emak, " Mak, ana rasa ana tau dia masuk ikut mana. Dia masuk ikut pintu bilik depan tu, pagi tadi ana bangun pintu terbukak ". Mak dan abah segera mencari barang be...