Skip to main content

Dialah Guru, Dialah Murobbi.

          Tahun 2009 telah mengubah landskap kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Dahulunya, saya hanya seorang pelajar yang mementingkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang ‘terpaksa’ dilalui. Namun, tahun itu mengubah paradigma saya. Daripada seorang yang hanya mementigkan gred A dalam setiap matapelajaran kepada seorang pelajar yang mencintai kajian dalam pelbagai bidang. Segalanya bermula apabila saya mula mengenali seorang guru muallaf (pada persepsi saya ketika itu) yang mengajar subjek paling membosankan; Sejarah.

            Kala itu, tidak pernah terlintas di minda bahawa saya akan meminati subjek Sejarah. Masih segar diingatan, bagaimana saya paksa diri untuk belajar sejarah sehingga rasa mual tekak kerana terlalu banyak yang perlu dibaca. Namun, segalanya semakin berubah apabila saya ditakdirkan Allah untuk menjadi anak murid kepada seorang cikgu bergelar murobbi. Saya mula mencintai sejarah. Bahan bacaan berunsur fakta sejarah kini mudah dicapai dan hadamkan. Memahami sejarah menjadikan kita mengenali asal usul diri. Murobbi saya sering mengulang dalam kelas kami, “sejarah dalam Bahasa Inggeris dipanggil –History- yang membawa maksud, his story (cerita dia)”. Sejarah adalah cerita dia, cerita saya dan kita semua. Kini, saya memahami sejarah sebagai satu jalan cerita dan bukan lagi fakta yang membosankan. 

            Seingat saya, SMKA SHAMS baru sahaja diiktiraf menjadi salah sebuah sekolah dalam kelompok Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2008. Atas perbincangan dan kebijaksanaan pentadbiran sekolah ketika itu, SHAMS telah memilih tiga penanda aras kebitaraan kluster iaitu Badan Agama Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR), Pendidikan Islam dan CATUR. Sebagai anak SHAMS, saya bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan ini. Sungguh, saya bangga. Apa yang menariknya, pemilihan penanda aras ini menjadi asbab utama yang megubah gaya pemikiran saya! Segalanya bermula apabila pihak sekolah bersetuju membina tugu besar CATUR diwakili oleh buah catur ‘castle’ di tengah-tengah laluan utama sekolah. Pembinaan yang biasa-biasa pada zahirnya, tapi luar biasa bagi yang berfikir. Bertitik tolak daripada ketidaksetujuan kami (baca: anak-anak BADAR) terhadap pembinaan tugu itu, sejarah catur kami selongkar. Kaedah ‘arkeologi’ diaplikasikan terhadap bahan-bahan bacaan berkaitan catur dan hal ehwalnya. Satu permulaan kajian yang menarik! Dan hasil kajian juga sangat menarik dan memeranjatkan. Kami mula mengenali asal usul catur, konspirasi yahudi dalam permainan catur dan lebih memeranjatkan, kajian ini membawa kepada penelitian gerakan illuminate a.k.a freemasons. Alhamdulillah. Sungguh, beliaulah murobbiah yang membimbing hala tuju pemikiran kami tika itu. Sehigga saya pernah tinggal di rumah beliau untuk meneruskan pengkajian kami. Sungguh, tanpa bantuan beliau –biiznillah- saya tidak mungkin mampu mengkaji sejauh itu.

            Hasil penelitian dan kajian mendalam yang kami jalankan, kami sebulat suara menolak pemilihan permainan catur sebagai salah satu kebitaraan cluster sekolah. Saya mengambil contoh mudah, pernahkah kita terfikir mengapa buah catur ‘king’ dibina bersama tanda salib? Dan mengapa pula wujud buah catur ‘knight’ berbentuk kuda? Kemudian disebelah kiri dan kanan papan catur diletakkan buah catur ‘castle’? seolah-olah menjadi kubu pertahanan kepada ketua buah catur ( King – bertanda salib). Apakah yang dimaksudkan dengan penyusunan setiap buah catur ini dan bentuknya. In sha Allah- akan saya lampirkan bersama risalah ini, dapatan kajian kami terhadap permainan catur dan hal ehwal sekitarnya. Cukup dahulu sampai disini untuk perihal catur.            

Buat Murobbiahku, 
Cikgu Fatin Azira Chong Binti Abdullah a.k.a Jessica Chong. 

Comments

Popular posts from this blog

The power of bismillah...

salamun alaik.. Im just a normal 'naughty' girl before and im just like to share you my unforgettable experience. It was about the miracle of bismillah. One word that made me strong and qowiey!! Before im practising this word, I have heard a lot about its advanatges. The story of a wife has a bad-tempered husband which practising bismillah was very famous at my school. Finally, her husband agreed that bismillah could protact his wife from danger. I was at the end of form 4 when the incident occured. My friends and I was about a month being the heads prefects of Shams. Then, the form 5 students (and others) brought a lot of 'haram' stuff ( usual prob at the end of the year) , One nice evening, my f3 sis(prefect) came and told me that her roomate (f5) brought a handphone. I asked her to take it if she dare. Then, suddenly, she gave me a red and white handphone while we're at the preparation class. Im smiling before her for her braveness. How could a ...

Bebaskan dirimu ~

Naluri manusia memang suka akan kebebasan, acapkali juga orang inginkan bebas seperti bebasnya si burung terbang di awan nan tinggi. Melihat si burung berkicauan merdu dan melepaskan diri beterbangan sangat dicemburui segelintir manusia. Saya juga pernah bermimpi ingin menjadi burung dan duduk di awan-awanan yang putih dan gebu. Namun, ianya masih sekadar mimpi indah dan tetap selamanya mimpi! Masih segar diingatan saya satu rancangan di tv3 yang menemubual seorang calon spm yang ditemui sedang meneguk botol-botol arak di sebuah disko pada malam peperiksaan. Apabila ditanya kenapa, jawabnya       ` Bang, tension bang, nak hilangkan stress, esok paper chemist'. Allah... tersentap jiwa ini mendengar jawapannya. Bagaimana agaknya terlintas difikirannya untuk bertindak sedemikian di kala rakan-rakan yang lain berjuang habis-habisan bersama buku dan pena! . Kemudian ada seorang gadis yang juga masih bersekolah, ditanya bangga ke pergi ke disko?,...

Believer and non-believer

Subhanallah walhamdulillah, Allah had gave me chance to join an open discussion about islam at a gospel  last saturday. I and my friend arrived a bit late because we're stuck in a traffic jam. Plus, the taxi driver doesn't know the place! We're rounded at the same place more then twice. Then, my friend made up decision to drop off the cab. Alhamdulillah, the gospel was only opppose the place we're standing! I had missed the talk from the first speaker who delivered his paperwork about islamic state. Im not going to mention any name here because "the contain is much more important than the container". As we arrived, a christian man greeted us politely and bring us infront. I greeted the man beside me and smiled. At the time, a blonded-hair women asked the panel about their sexuality freedom, LGBT and the Q&A section continued until almost 1.00 p.m. The are a lot of question from the non-muslim about islamic state. Here im concluding their questions and ...