Memori Azimat Diriku
Oktober 2009.
Jarum jam menghampiri pukul 12.00 tengah hari, kami sebagai peserta
Kem Latihan Kepimpinan 09’ sedang menyusun resolusi bagi sesi kami tahun
hadapan. Ketika sesi itu berlangsung, Ketua Umum I mempengerusikan majlis. Kami
diminta duduk seperti ahli parlimen, semua KP duduk di atas kerusi dalam satu
bulatan besar tanpa lapis. Manakala, 10 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk
aku, Fatin, Afiza, Timah dan Myrabell dan AMT muslimin berada di tengah.
Taktala KU I menalankan sesi itu, fasi kami, abang Hazwan tiba-tiba memanggil
dia untuk berbincang sesuatu. Lalu, aku selaku KU II terpaksa mengambil alih
peranan KU I. Maka, bermulalah episode yang tidak pernah kami jangka akan
terjadi dalam KLIK 09’.
Aku meneruskan tugasnya tadi untuk menulis semua cadangan-cadangan
dari KP2 bagi sesi kami akan datang. Selesai menulis cadangan yang terakhir
muat di atas white board, tiba-tiba aku bersuara, “ Oh, rupa-rupanya ada otak
semua KP ni? Ana ingatkan 10 orang di hadapan ini sahaja yang ada otak!”.
Tiba-tiba bangun satu sosok yang amat aku kenali, Farid namanya, : “Farzana…..
Kau kan…!!”, sambil menangis menahan marah. “Ape? Teruskan…”, aku jaawab
selamba mendepang dada. “KAU KALAU NAK TEGUR PUN…BAIK-BAIK LAH SIKIT. MULUT KAU
TUH…”, Farid tak mampu menahan amarahnya lalu terduduk menangis. Aku
hampir-hampir sahaja mencebik bibir melihat perlakuan lemah lelaki seKPku.
Lalu, dengan penuh selamba badaknya aku memegang mikrofon dan
bercakap, “Okay, siapa-siapa lagi yang tidak puas hati dengan ana boleh cakap!”.
Kemudian bangkit adik form 4 yang aku kenali, Fateh : “ Akak!! Saya Tak puas
hati….”, percakapan Fateh dipotong oleh suara Abg Hazwan.
“
Farzana, bagi abang mic tu.” Lantas kuserahkan mic itu pada Abg Hazwan. Abg
Hazwan mengheret Fateh ke hadapanku sambil berkata, “ Kalau nak tegur pemimpin
bukan macam tu, datang dekat-dekat dan tegur dengan baik, ok, sekarang cakap
apa yang kamu nak cakap”.
“Err..
Kak Farzana, macam ini. Kami okay je sebenarnya nak terima teguran akak.
Cumanya, kadang-kadang bahasa akak terlalu kasar. Akak kalau nak tegur
tu..bla..bla..bla”.
Aku
hanya memandang sepi perkataan Fateh, hatiku mengumam, ‘tahu pun takut kalau
cakap depan-depan. Bajet berani je lebih.’
Kemudian Abg Hazwan mengambil alih suasana, 6 orang Ketua Umum dan
Timbalannya diminta membuat barisan. Dan targetnya adalah KU I dan KU II (aku).
Sesi pertama untuk KU I. Dia mempunyai pangkal hati yang sangat lembut,
sekalipun kelembutan hatinya itu disadur besi keegoaan yang tebal. Abg Hazwan
pantas membaca hati KU I itu, selepas ditegur beberapa kesilapannya, Abg Hazwan
bertanya, “ Syahmi, apa ayat yang paling Syahmi suka?,” “Infiruu khifafaw wa
thiqolaa”. Lembut Abg Hazwan meletakkan tangannya dibelakang dada Syahmi dan
memintanya membaca ayat itu berulang kali. Aku kira tidak sampai lima kali ayat
itu dibaca, Syahmi sudah mula menitiskan air mata. Abg Hazwan memintanya duduk
bersama K.U yang lain.
Tumpuan ini beralih kepadaku.
“Farzana,
sudah istighfar belum?”
‘Belum’
“Istighfar
dahulu dan baca Al-Fatihah”
Aku
terkumat-kamit membaca kalimah-kalimah suci itu secara paksa-rela.
“Farzana
tahu tidak kesalahan Farzana?”
‘Tak’,
aku menggeleng.
“Farzana
tahu tak masalah KP sebenar ada pada Farzana?”
‘Tak!’
gelenganku semakin deras.
“Farzana
tahu tak masalah SHAMS sebenarnya terletak pada Farzana?? Sebab keegoan kamu!!
Sebab keceluparan mulut kamu. Kamu tahu tak semua masalah itu berpunca dari
diri kamu! Kamu sedar tak itu!”. Menyambar-nyambar jerkahan soalan Abg Hazwan
menumbuk gegendang telingaku.
‘Tak,
tak, tak….!!’, aku menggeleng semakin kuat bersama derasnya air mata yang
jatuh.
Aku
tidak mampu lagi menahan air mataku tika itu. Semua masalah ini berpunca
dariku? Apa masalah aku? Aku sangat egokah? Kerja penat aku selama ini
terbantut kerana masalah aku sendiri? Apa masalahnya dengan diriku ini??. Air
mataku tumpah umpama air terjun yang tidak henti-henti.
Selanjutnya, Abg Hazwan menyeru
sahabat2 KP muslimat untuk memberi semangat kepadaku. Lantas mereka berlari
memelukku. Aku makin tidak dapat menahan empangan air mata yang telah lama
tidak mengalir dibalik tembok keegoanku. Aku memohon maaf kepada mereka. Ramai
yang memberi kata2 semangat kepadaku. Namun, empangan itu masih belum berhenti
mengalir. Dan ketika itu juga kami terpaksa menghabiskan sesi ini kerana telah
lewat satu jam dari yang dijanjikan untuk majlis penutup.
Aku terpaksa duduk di bahagian depan
sekali untuk mengambil sijil peyertaan. Sepanjang majlis berlagsung, air mataku
tidak mahu berhenti mengalir. Ada pula tangan yang menghulurkan sekotak tisu
buatku. Taktala megambil sijil dan memeluk tubuh GPK HEM kami, Ustazah Asmah
a.k.a Ummi air mataku tumpah lagi.
Usai majlis ringkas penutupan, kami
bersalam-salaman dan aku berdiri di sebelah Ustazah Asmah Rahim. Seorang demi
seorang anak buahku kusalam dan peluk. Semakin ramai yang kupeluk, semakin
sebak dan sesak dadaku. Aku akhirnya tidak lagi mampu berdiri dan memohon
kerusi untuk duduk. Aku menangis lagi. Menangis lemah tidak berdaya memikirkan
keegoan diriku ini. Ramai sahabatku datang memberi semangat. Setelah datangnya
Izza Fatiha barulah aku kembali lega. Aku kira aku sudah mampu berfikir semula
ketika itu.
Kala menapak keluar dewan, teman
rapatku menghampiri.. “Ana…”, ujarnya sambil tersenyum menahan air mata. Kami
berpelukan. Bagi aku, dia tidak perlu kata apa-apa, aku sudah cukup faham
bahasa semangat yang disalurkannya. Kami sama-sama menuju Dewan Makan sebelum
pulang mengemas barang di dalam dorm. Aku tertidur sebentar di dalam dorm
kerana terlalu letih menangis dalam jangka masa yang paling lama dalam sejarah
hidupku.
Sebelum menaiki bas, aku mengajak Fatin
berjumpa Abg Hazwan. Fazi-fasi kelihatan sedang mengemas barang program. Aku
berjalan menghampiri Abg Hazwan, “Abg, terima kasih dan tahniah sebab berjaya
buat saya menangis”. Abg Hazwan menoleh dan tersenyum, belum sempat dia
menjawab datang Abg Shah menyampuk, “Farzana, sejak bila engkau tak menangis
hah?”. “sejak lahir…”, jawab Abg Hazwan bersahaja. Lalu kami tergelak. Mereka
berdua menasihatiku beberapa perkara sebelum kami bertolak menaiki bas.
Aku kira ini harta karunku yang
diberi oleh Allah dan sangat-sangat berharga buatku. Dan aku tidak ingin segalanya
hilang selama-lamanya. Make me strong again, O' Allah.
Comments
Post a Comment
~ thanks for your comments~