Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2025

The Thursday, 11042024

Hari ini genap 295 hari selepas pemergian ibuku yang tercinta daripada dunia yang fana ini. Masih terasa segar hari terakhir bersama ibuku dan saat 'menghantarnya' ke alam lain. Sesuatu yang terasa amat sakit untuk diingati apatah lagi diabdikan dalam tulisan sebelum ini. Tetapi hari ini kukuatkan semangat untuk menulisnya agar ia tidak berlegar-legar tanpa arah dalam pemikiranku lagi, dan biarlah ibrah & memori ini kekal selamanya buat diriku dan yang lain.    Khamis, 110424,  5.15 a.m., Pagi itu, aku dikejutkan oleh suara Abah yang memanggil dan mengetuk pintu bilik tidur kami. Dan, sepantas kilat itu juga aku melompat turun katil dengan perasaan cemas perihal ibuku yang sedang tenat di hospital. Benar sangkaanku, kakak yang menjaga emak di hospital telah mesej abah, beritahu perihal emak yang seakan-akan mengerang sejak malam tadi. Tanpa berfikir panjang, aku mengejut suamiku untuk beritahu yang kami akan terus ke hospital. Sepantas kilat aku bersiap dan mencapai a...