Hari ini genap 295 hari selepas pemergian ibuku yang tercinta daripada dunia yang fana ini. Masih terasa segar hari terakhir bersama ibuku dan saat 'menghantarnya' ke alam lain. Sesuatu yang terasa amat sakit untuk diingati apatah lagi diabdikan dalam tulisan sebelum ini. Tetapi hari ini kukuatkan semangat untuk menulisnya agar ia tidak berlegar-legar tanpa arah dalam pemikiranku lagi, dan biarlah ibrah & memori ini kekal selamanya buat diriku dan yang lain.
Khamis, 110424,
5.15 a.m.,
Pagi itu, aku dikejutkan oleh suara Abah yang memanggil dan mengetuk pintu bilik tidur kami. Dan, sepantas kilat itu juga aku melompat turun katil dengan perasaan cemas perihal ibuku yang sedang tenat di hospital. Benar sangkaanku, kakak yang menjaga emak di hospital telah mesej abah, beritahu perihal emak yang seakan-akan mengerang sejak malam tadi. Tanpa berfikir panjang, aku mengejut suamiku untuk beritahu yang kami akan terus ke hospital. Sepantas kilat aku bersiap dan mencapai apa sahaja yang sempat dalam kegelapan bilik tidur agar tidak mengejutkan anakku yang sedang lena. Alhamdulillah, kami mendekati pagar hospital bersama laungan azan subuh daripada masjid berdekatan. Abah terus ke surau, manakala aku terus ke wad emak.

6.00 a.m.,
Kelihatan emak seperti mengerang kesakitan, sekejap kuat sekejap perlahan. Bunyi erangan yang terlalu memilukan jiwa yang mendengar. Benarlah sabdaan Nabi s.a.w, bahawa sakaratul maut itu sakit pada diri Baginda, apatah lagi kepada umatnya. Kakakku bercerita, malam tadi sekitar pkul 12 emak menyebut nama ALLAH dengan sangat kuat seperti kesakitan. Hari ini adalah hari keempat emak di wad IKN atas sebab bacaan oksigen yang terlalu rendah. Dan, kali terakhir emak berkomunikasi lisan adalah pada hari pertama dimasukkan ke dalam wad untuk memintaku menyampaikan permohonan maaf kepada semua saudara dan kenalan. Dengan penuh kepayahan mak berusaha mengeluarkan suara untuk memahamkan aku tentang permintaanya yang satu itu. Selepas daripada itu, yang kami dengar hanyalah zikir-zikir yang terkeluar daripada bibir emak. Ajaibnya ketika itu, emak tidak mampu berkomunikasi untuk perkara lain, tetapi sangat jelas sebutan zikrullah, syahadah dan seumpamanya pada lisan mulia emak. Ma sha ALLAH, TabarakALLAH. to be continue...

Comments
Post a Comment
~ thanks for your comments~