Akhirnya......Allahu akbar!! (^_^)
Kisahnya... Jam menghampiri angka 12 taktala majlis dimulakan, cikgu azmah menjadi pengerusi majlis.Kemudian, pengetua baru shams, hjh lailawati berucap...ringkas dan padat ( tapi still mendebarkan ). tibalah masa yang ditunggu2kn, senarai nama 8 orang pelajar yang mendapat 11A... Tahniah kepada kalian... Afifah Shabery, Riza Insyirah, Fitrah Ilyana, Ismail izuddin, Fatimah Zahra, Afifah Sidek, Ashraf Azar dan... Hidayah Rosli. Habis sahaja ckgu azmah berucap, aku terus ajak emak ke meja kelas 5 Ikram. Waktu tu, Allah je yang tahu betapa aku takut + risau + sedih...dan xtahu nak kata ape. Aku pengang erat tangan mak sambil menuggu giliranku. Tika tu, air mataku mengalir ... (haha..takut punya pasal ) . Mak kata, sabar..sabar..insya Allah..jgn nanges na.. Ckgu Azam diri sebelah mak sambil menenangkan aku, 'takpe farzana, lagi sikit...je..sabar...sabar ye...'. Bila aku dengar macam tu lagilah aku leleh. Bangun je nad mahadi, aku terus duduk kat kerusi dapan techer Azlin, mula...