Posts

Memori Azimat Diriku

Image
Oktober 2009. Jarum jam menghampiri pukul 12.00 tengah hari, kami sebagai peserta Kem Latihan Kepimpinan 09’ sedang menyusun resolusi bagi sesi kami tahun hadapan. Ketika sesi itu berlangsung, Ketua Umum I mempengerusikan majlis. Kami diminta duduk seperti ahli parlimen, semua KP duduk di atas kerusi dalam satu bulatan besar tanpa lapis. Manakala, 10 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk aku, Fatin, Afiza, Timah dan Myrabell dan AMT muslimin berada di tengah. Taktala KU I menalankan sesi itu, fasi kami, abang Hazwan tiba-tiba memanggil dia untuk berbincang sesuatu. Lalu, aku selaku KU II terpaksa mengambil alih peranan KU I. Maka, bermulalah episode yang tidak pernah kami jangka akan terjadi dalam KLIK 09’.   Bilik Badar SMKA SHAMS  Aku meneruskan tugasnya tadi untuk menulis semua cadangan-cadangan dari KP2 bagi sesi kami akan datang. Selesai menulis cadangan yang terakhir muat di atas white board, tiba-tiba aku bersuara, “ Oh, rupa-rupanya ada otak semua KP ni? Ana ingat

Pena telah terangkat, Lembaran sudah mengering!

Image
Aku, Manusia biasa yang penuh tanda tanya. Menghujani Tuhan dengan persoalanku di celah-celah doa yang tidak kuketahui ketulusannya. Mempersoalkan itu dan ini. Mengapa? Mengapa Engkau takdirkan hidupku begini? Jika bukan kerana ini, yang itu pasti tidak berlaku! Argh...getusan hati yang terkadang melampau dalam bermonolog pada Tuhannya. Dalam setiap sela derapan langkah ini, dalam sisipan memori silam yang kacau bilau silau melilau itu, aku tahu aku sering mempersoalkan takdirNya. Saban waktu bertanya ; 'Tuhan, apakah hikmah bagi kegagalanku kali ini? Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk meletakkan semuanya pada tempatnya kembali? Bagaimana caranya aku ingin mengembalikan ketenangan diriku dan orang sekelilingku?'. Jeda. Dalam setiap pertanyaan itu aku temui jalan buntu - mati akalku mencari pangkal yang tidak ketemu. Sampai tiba satu tika, terpancul dari ruang kotak pemikiranku - yang mungkin sahaja bisikan malaikat Sang Pemelihara - 'Mungkin bukan ini soalan yang se

Wanita Besi~

Wanita Besi. Tarian tanganku makin melonglai. Apakah? Petanda apakah ini? Mungkinkah alamat kelembap basahan otak kananku? Atau kekering kontangan otak kiriku. Narcisstic? Ahaha, penyakit yang berlari menjalar dalam pembuluh-pembuluh darahku. Kenapa, bagaimana dan sejak bila? Kerna hirisan peristiwa yang mencarik robekkan peti Pandora yang puluhan tahun disimpan. Hadirnya dalam gelap malam tanpa undangan, namun punya siratan takdir manis memeluk cumbu diriku. Hanya kini, aku mampu melakar garisan senyum terhadap takdir itu. Setelah keringnya perigi air mataku. Maha Suci Dia-yang mengukir takdirku sebegini rupa. Hamdan Lillah~ Wanita Besi. Menjadi apakah ianya kini? Burukkah sudah besi itu? Penuh karat akibat terdedahnya ia pada titisan air dan tiupan udara. Sebab-akibat yang melayakkan ia tergolong dalam besi buruk. Dilumuri kehinaan dan ketidakpedulian manusia. Hadirnya menyemakkan pandangan, ketiadaannya menjadi impian. Malang. Malang nasib si besi buruk. Mengemis kepedu

Dialah Guru, Dialah Murobbi.

          Tahun 2009 telah mengubah landskap kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Dahulunya, saya hanya seorang pelajar yang mementingkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang ‘terpaksa’ dilalui. Namun, tahun itu mengubah paradigma saya. Daripada seorang yang hanya mementigkan gred A dalam setiap matapelajaran kepada seorang pelajar yang mencintai kajian dalam pelbagai bidang. Segalanya bermula apabila saya mula mengenali seorang guru muallaf (pada persepsi saya ketika itu) yang mengajar subjek paling membosankan; Sejarah.             Kala itu, tidak pernah terlintas di minda bahawa saya akan meminati subjek Sejarah. Masih segar diingatan, bagaimana saya paksa diri untuk belajar sejarah sehingga rasa mual tekak kerana terlalu banyak yang perlu dibaca. Namun, segalanya semakin berubah apabila saya ditakdirkan Allah untuk menjadi anak murid kepada seorang cikgu bergelar murobbi. Saya mula mencintai sejarah. Bahan bacaan berunsur fakta sejarah kini mudah dicapai dan hadamkan

Sahabat, aku mencintaimu~

Image
Subhanallah walhamdulillah~ Allahu akbar, lama sudah tidak menulis. Terasa semacam kaku tika jemariku meniti di atas papan kekunci. Sengaja. Sengaja aku biarkan diriku tidak menulis kerna saat kudiam itu tandanya hatiku perlukan ubat. Perlukan kerehatan untuk mencarik kembali kekuatan yang pudar dek hempasan ujian. Aku risau penulisanku akan basi jika aku meneruskan penulisan saat hatiku sendiri merintih. Itu nasihat sang penulis besar, Baharuddin Bekri. Tulisannya kemas, tersusun dan menyentuh terus ke hati. Sahabat syurga! Dahulunya aku amat asing dengan kalimah ini. Kalimah yang bagiku agak skeptikal. Logikkah adanya sahabat syurga di dunia? Mana mungkin penghuni dunia yg terlalu lalai dan leka ini punya sahabat menuju syurga. Namun, pertemuan aku dengan mereka membuka satu sinar baru. Aku tersentuh melihat cantuman hati dan keyakinan mereka kepada title 'sahabat syurga'. Dan mereka membuktikan kepada aku, memang sahabat syurga itu wujud. Tautan hati itu tak bisa dilihat

Diari Musafir Ilmu 2

Salam kesejahteraan dan keselamatan buatmu guru, Hari itu, aku dikunjungi guru baru. Guru ini sangat aneh bagiku. Namun, aku tetap perlu menerimanya seadanya dalam musafirku menuntut ilmu. Guru ini pelik, fikirannya caca merba. Ayatnya berputar-putar, namun isinya masih ada. Cuma, aku perlu berhati-hati dalam menapis ‘ilmu’ yang dicurahkannya. Ah, mungkin kalian mengenali gerangan guruku ini, tidak mengapalah, aku xperlu mendedahkan siapa jua identity guruku. Aku mempelajari tentang hakikat sebenar keimanan, yang mana tanpa kepercayaan memang sudah tiada apa yang boleh kita laksanakan. Aku juga memperhalusi jiwa seorang yang kecewa, di mana dari kekecewaan itu kepercayaan (keimanan)-nya hilang dan musnah. Hakikatnya, dia sudah tidak mampu mendengar syarahan panjang tentang nafi dan itsbat dalam kalimah syahadatain. Katanya itu sume penipu! Dadaku berombak kencang kala ‘guruku’ itu berbicara. Risau pada sahabat-sahabat yang masih baru dalam ilmu ini. Aku kira dalam perkara ini,

my wings~

Image
Allahumma solli ala muhammad~~ Im dying missing you. Act, I want to post it at your fb, but its too open (sogan lak den). May Allah guide ur heart to read my blog. May Allah show u the right path. I miss you.so much. budak comel yg suke gaduh ngn ak kt shams. aten, I miss you.