2013-06-02

my wings~

Allahumma solli ala muhammad~~





Im dying missing you. Act, I want to post it at your fb, but its too open (sogan lak den). May Allah guide ur heart to read my blog. May Allah show u the right path. I miss you.so much. budak comel yg suke gaduh ngn ak kt shams. aten, I miss you.

2013-03-20

Aku dan pemikiranku...

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak kebelakangan ini, aku makin suka membisu dan membiarkan diriku tenggelam dalam pemikiranku sendiri (bisulah sangat). Kenapa? Adakah aku sudah digoda oleh kata-kata memukau dan pemikiran ghairah Ahmad Wahib? Aku sendiri tidak pasti. Apa yg pasti, perkara pertama yg membuat aku sangat ghairah memikirkan semula perkara-perkara asas -yg ramai org kata da settle- dalam islam ialah diskusi pertama yg aku sertai anjuran IRF.

Diskusi bertajuk "Islamic State : Which version? Whose Responsible?", Pembentangan kertas kerja oleh Dr. Farouk dan direspon oleh lebih 5 org figure antaranya : YB Izzah Anwar, Prof Syed Farid al-attas, Peguam Farid, YB Dr. Mujahid. Aku sangat pelik melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana desire orang2 bukan islam, major kristian (memanglah sbb buat dlm full-gospel house kot) untuk datang dan membincangkan tentang islam. Lebih dari 100 orang (dan adalah beberapa org islam dalam tu) datang semata-mata nak discuss tentang islam. Start dari situlah, aku mula memandang islam dari sudut mata orang bukan islam. Ayat yg masih terngiang-ngiang dtelingaku (bingit deh) "islam is a too political religion". Betullah someone quotes " You read : you know, you see : you understand, you do : you feel"

Tapi... kenapa baru sekarang aku nak post perkara ini? (angkat kening sebelah).Takut. Ini jawapan jujur aku, memang aku takut. Aku takut jadi macam Us Wan Ji Wan Hussin yang dilabel at-taadudi. Dr. Mujahid yang dilabel sebagai liberalis. dan.. Hasnan Daud yang dilabel perosak tarbiyah.   Menjadi seorang yang menerima pelbagai label memang menakutkan lagi memeritkan. Tapi aku mahu keluar, aku mahu keluar dari kepompong ketakutan dan menyerlahkan sayap pemikiranku yang berwarna-warni. Biarlah apa org mahu katakan, yg pasti aku berfikir mencari kebenaran semata bukan nafsu serakah mahu menjadi popular.

Dikala pemikiranku berkecamuk, seniorku memberikan link pdf buku "pergolakan pemikiran islam" dalam fbku. Tapi.. aku xbrape suka bace dlm skrin, jadi aku biarkan pdf tersebut tidur nyenyak dalam lappyku. Namun, tidak lama selepas itu, aku terlihat buku tersebut di atas meja sahabatku, kak mah. Laju tanganku menyambar untuk membaca buku tersebut. Jujur, aku tak habis baca buku ini, baru separuh buku (tapi percayalah aku akan habiskan nanti) . Dalam helaian-helaian awal, untaian-untaian kata dan pemikiran Wahib sangat-sangat mengujakan. Serious, xtipu!. Namun, mendekati bab-bab pertengahan pemikiranku mula ditonjol-tonjol, kepercayaanku mula disepak-tendang, dan hatiku meronta-ronta dibantai. Aku menangis. Aku menangis dalam sujudku. Aku menangis bukan sebab tersentuh. Tapi aku menangis kerana 'dia' mempersoalkan tuhanku, Allah. dia mempersoalkan keadilan Tuhanku. Aku menangis kerana dia bertanya pertanyaan yg xpernah aku dengar. Tapi... yg lebih membuatkan aku nangis ialah... aku tak ada jawapan bagi setiap soalan tajam dia. Aku benci itu. Imanku goyah tapi aku tak mampu mempertahankan dengan jawapan yg logik dek akal dan wahyu. Start dari situ, aku mula memikirkan jawapan bagi setiap soalan yang ditimbulkan. (argh..aku juga bersikap reaktif rupanya). Kini, otakku sudah tidak memerlukan Wahib untuk bertanya, tapi ia dengan sendiri bertanya pelbagai soalan kepada hatiku. Percayalah, aku bertanya kerana mencari jawapan yg benar (itu jer~~). Tak ada niat lain.

Beberapa bulan lepas pula, aku join satu colluqium by IRF di Penang. (yang ini lagi dahsyat!). Kami membincangkan tentang islam, democracy dan 'ruang lingkupnya' selama tiga hari. Setiap kali talk yg diberikan akan diadakan Small Group Discussion (SGD) untuk peserta bertanya, mempertikai dan mempertahan kepercayaan masing2. Aku SGD5. Group aku ada seorang bekas peguam, seorang pakar akaun, seorang student perubatan, dan beberapa orang student agama. Perbincangan sahabat2 yang berfikiran liberal ini sangat mem-wow-kan. Aku lebih banyak menganguk dari berkata, kerana prinsipku mengangguk kerana faham bukan bermakna setuju. Aku agak gila selama seminggu. Gila memerah otak menjawab setiap isu yang dibangkitkan. Tapi, Alhamdulillah... sedikit demi sedikit aku mampu menjawabnya. Dalam banyak keadaan, aku terpaksa berkata benar. Tak semua pandangan 'mereka' bertentangan dengan islam sepenuhnya, masih ada ruang-ruang semut yg boleh dilalui untuk mengolahnya kepada islam. Dan, aku juga terpaksa berkata benar : memang ada kesalahan kelompok agamawan yg membuatkan mereka jauh dari kita. (insyaAllah perkara ini akan dibincangkan lain kali)

"Pemikiran dan wahyu harus berjabat tangan"

Subhanallah...Alhamdulillah...Masya-Allah,

Subhanallah...rupanya dalam dunia ini, banyak lagi perkara ghairah yg belum aku terokai. Alhamdulillah... Allah yg memperjodohkan aku dengan pemikiran. Masya-Allah.. aku xpernah tahu adakah ape yang aku buat ini sesuatu yg benar.


Hidup ini suatu pencarian, biarlah aku mencari sebelum akhirnya aku buat keputusan. biarlah keghairahan dan semangat remaja ini disalurkan ke tempat yg sepatutnya. Siapa yg ingin berjalan seiringan denganku, ayuh!

"Biarkan pemikiranmu terbang sejauh saujana memandang, asal ia masih dalam atmosfera wahyu"