2011-12-28

Peranan Muslimat dalam medan amal islami

Ini tajuk satu buku yg along ainun suruh baca, satu ceramah dr syeikh faisal al-mawlawi yg dibukukan, mgkn blh share sket kat sni :

1. Kenapa penglibatan muslimat kurang dlm medan amal islami?
    Kefahaman yg salah :
a) Wanita itu kurg akal n agamanya :
menurut satu hadis nabi yg mafhumnya " aku xpnh lihat seorg yg kurg akal n agamanya yg mampu mengalahkan kaum lelaki, bginda ditanya 'siapa mereka', 'mereka itulah kaum wanita' ".
 kata syeikh, rmai yg mnafsirkn wnita itu kurg akal n agama dr sgi kualitinya pdhal nabi menergkn kekurgn itu dr segi kuantitinya. sbg contoh : prsaksian 2 org wnita mnyamai 1 org lelaki, (bukti kuantiti). Wanita ada wktu2 trtentu yg melarangnya solat n puasa, pdhal Allah tetp mmberi wnita trsebut phala sbgaiman yg slalu dibuatnya stp hari ( ni satu lg bukti kuantiti bkn kualiti)

b) Keegoan kaum lelaki:
Dari firman Allah " Lelaki itu pemimpin ke ats kaum wanita", kata syeikh, tafsiran ayt ini lbh kpd lelaki sbg pemimpin kluarga. memg lelaki adlh pmimpin ke ats kaum wanita, nmun wanita juga adlh pmimpin kpd ank2nya n kaumnya sndri. Lgpun, wanita lbh memahami kprluan wanita n remaja2 wanita. kata syeikh lgi, kbnyakan lelaki rupanya msh ego dgn tdk mahu brsush2 skiranya isterinya trlibat dgn amal islami, jd pra jundullah sedialah berkorban utk agama ini.

2. Awlawiyat wanita : (blh diringkaskn spt ni)
a) antara peranan dirumah dgn amal islami sememangnya dirumah yg plg utama. nmun amal islami jga stu kwjipan, jd wanita prlu mgharmonikn kdua2 ini

b) sekiranya si suami mghalang  :
ats sebab2 yg munasabah, si isteri prlu taat, skiranya tnpa sbb2 yg munasabah si suami akn brdosa tpi isteri tetap wjib taat. seandainya dberi keizinan yg sdrhana, jd knelah brgerak dlm keadaan sdrhana.
So, utk muslimat, plihlah yg sbtulnya (^_^), tp andai kata dah jdoh dgn yg bkn ahlinya, contohilah zainab al-gahzali, beliau nukilkan dlm bkunya 'hri2 dlm hidupku' ktk dilamar olh suaminya: (lbh kurg cmni) " Engkau blh menikahiku, tp izinkan aku utk brjuang dijln jihad ini, aku x mghrap engkau brsmaku dlm prjuangn ini, tp aku berdoa agk tuhan membhgikn phala jihadku kpd dua bhgin yg sparuhnya utkmu.."

~ stkt ini shj yg ana mmpu kongsikn, nak tahu lbh lnjut blhlah bca sndri...~ ^_^

2011-10-14

Lau kana bainana....



Selawat dan salam atas junjungan besar nabi kita, pendidik, penyelamat sekalian alam... sejahteralah baginda disana dan moga kita dpt duduk, minum, makan bersamanya di akhirat kelak..

Muhammad s.a.w seorang manusia yg makan dan minum, yang bangun dan tidur namun, baginda insan mulia sehingga aisyah r.a taktala ditanya perihal nabi berkata, " Baginda adalah al-quran bergerak". Sedang Penciptanya menukilkan dalam al-furqan, " sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg mulia".

Bagaimana agaknya boleh kita merasai kehadiran baginda bersama kita, sedang telah lebih seribu tahun kita ditinggalkan, diwasiatkan atas kita utk memegang dua perkara, yang mana selagi kita berpegang padanya kita takkan sesat selamanya : al-quran dan sunnah. Dr. Aidh Abdullah al-qarni dalam bukunya "rahmatan lil alamin" berkata nabi itu hidup bersama kita, selagi mana kita makan seperti baginda makan, kita berjalan sepertimana baginda berjalan, kita bersilaturrahim seperti yg diajarkan. Sesungguhnya, benar... baginda hidup bersama kita, telah dididik kita dari adab beristinjak sehingga kepada cara pentadbiran terunggul baginda. Subhanallah.. sungguh... baginda rahmatan lil alamin..

Nasihat khusus buat diri ini, mgkin kita rasa kita sudah cukup kenal nabi junjungan kita, namun diri ini tersentuh taktala dr. Aidh menulis bahwa tiada satu buku pun yg mampu menghimpunkan serta menceritakan perjalanan hidup baginda, baginda terlalu agung untuk dibicarakan dalam hanya satu buku, sunnah baginda terlalu banyak yang amat malang andai kita tdk prnah cuba mengamalkannya. Alangkah indah andai Baginda bersama kita.

Masih segar lagi kata-kata senior, " seandainya sahabat datang  ke zaman kita, pasti kita menganggapnya gila, dan  mereka pula menggap kita kafir", kenapa? seandainya sahabat spt Umar al-khattab yg pernah memasukkn batu dlm mulutnya semata2 mahu menjaga bicara, apa yg akan kita katakan?...  sedang kita pula yg hidup dlm keaadaan iman senipis kulit bawang dengan segala perilaku menyimpang, apa pula mereka akn katakn? Allah... terlampau tinggi iman mereka berbanding kita..

Moga Allah memelihara iman kita dan menempatkan kita dlm kalangan hambanya yg dilebihkan, iaitu para anbiya', para pembela kebenara, syuhada' dan org2 soleh.. kerana mereka adalah sebaik2 teman...

~al-faqir ilallah~
~ sedang berusaha menyanyangi kucing kerana nabi sayang pd kucing ^_^ ~

2011-10-11

Kesekularan yang menyakitkan

"secular? what does it mean?"
" it was when u differ between life n religion, when u differ the religious subject n others.."
Selama ini saya selalu dengar tentang sekularisme, tapi saya tak pernah rasa apa-apa. Cuma akhir-akhir ni, sahabat saya ( pelajar diploma dq, bercita-cita menjadi pharmacist ) bertanya waktu kami berborak tentang cita-cita.

Sahabat 1 : Farzana, nak tanye sket.... knape klu org kat bidang lain, macam doktor or jurutera boleh    menghafal al-quran, tapi knape kite ( org yg menghafal al-quran ) tak boleh jadi macam dorg (bidang sains)?
Sahabat 2 : ini semua sebab pemikiran....
Saya        : tak... ni semua sebab sistem pendidikan, sistem 'kita' buatkan org agama nampak lemah, tak pandai dan mengagung-agungkan org yg ambil subjek sains

Saya rasa kita perlu fikirkan kembali, apakah istilah org agama itu benar? Ramai yg agak 'elergic' dengan istilah ini. Sebabnya, ia selalu dikaitkan dengan kelembapan dalam bertindak, lapuk, lama dan tidak mengikut peredaran zaman. Saya tanya pendapat anda, kalau ade orang agama, kemudian yg lain itu, orang apa pula ya? adakah lawan bagi org agama ( sila jawab sendiri).

Berbalik kepada sistem 'kita' yang sekular, anda tak percaya? cuba tanya adik-adik UPSR, berapa banyak latih tubi yang mereka lakukan sebelum periksa hari tu? cuba tanya subjek apa yang paling ditakuti cikgu2 mereka? tentu ada yang menjawab, sains n matematik. cuba tanya ada atau tidak latih tubi untuk praktikal solat... ataupun latihan tajwid? tentu anda sendiri tahu jawapannya....
saya... kami... islam... tidak menolak sedikit pun ilmu-ilmu alam, namun yang menjadi 'kesakitannya' adalah sistem yang memisah, menjarak serta menjurangkan antara pelajar agama dengan bidang2 lain.

Apa kata kita fikirkan bersama... kalau dulu, dunia islam disinari limpahan cahaya ilmuwan seperti ibnu sina, ibn batuta n ramai lagi, yang mana setiap seorg dari mereka menghafal al-quran serta mempelajari lautan ilmu yang berbeza-beza.

Masih segar lagi suara dj ikim yang menceritakan perihal IBN SINA, ilmu pertama yang dipelajarinya adalah al-quaran, kemudian beliau mula menguasai ilmu kesusasteraan dan  falsafah. Setelah meningkat dewasa, beliau terjun pula ke bidang perubatan, dan meneruskan pencarian ilmunya dalam bidang geografi dan ilmu alam. 

Namun, dengan sistem yg kita amalkan kini, mampukah kita HARI INI menghasilkan produk-produk berkualiti yang lahir dari perut islam untuk menjadi pengerak utama agama ini?

"we need someone who is faqih fiddin and at the same time conquer various field of studies"
what say you? 


2011-04-18

Bebaskan dirimu ~




Naluri manusia memang suka akan kebebasan, acapkali juga orang inginkan bebas seperti bebasnya si burung terbang di awan nan tinggi. Melihat si burung berkicauan merdu dan melepaskan diri beterbangan sangat dicemburui segelintir manusia. Saya juga pernah bermimpi ingin menjadi burung dan duduk di awan-awanan yang putih dan gebu. Namun, ianya masih sekadar mimpi indah dan tetap selamanya mimpi!

Masih segar diingatan saya satu rancangan di tv3 yang menemubual seorang calon spm yang ditemui sedang meneguk botol-botol arak di sebuah disko pada malam peperiksaan. Apabila ditanya kenapa, jawabnya       ` Bang, tension bang, nak hilangkan stress, esok paper chemist'. Allah... tersentap jiwa ini mendengar jawapannya. Bagaimana agaknya terlintas difikirannya untuk bertindak sedemikian di kala rakan-rakan yang lain berjuang habis-habisan bersama buku dan pena! . Kemudian ada seorang gadis yang juga masih bersekolah, ditanya bangga ke pergi ke disko?, proudly dia menjawab ` Bangga ar, disko kot~'. 
Agak-agaknya apa yang mereka cari ya?-` Kebebasan'- benar, kebebasan!

   Dimana mahu kucari kebebasan... kebebasan hakiki ?

Cuba kalian perhalusi satu tawaran kebebasan hakiki oleh panglima tentera islam, Rubaiyi' bin Amir kepada ketua tentera parsi, Rustam.

`Kami ialah pejuang yang ingin membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia untuk menghambakan diri hanya kepada Allah. Kami ingin membawa manusia keluar dari kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat...'

Sungguh indah ayat ini jika diteliti, penghambaan sesama manusia sangat dibenci oleh semua orang, saya, anda mahupun mereka di luar sana. Terasa sangat hina dan jijik untuk menjadi hamba kepada manusia. Namun, hakikatnya berbeza, ramai dalam kalangan manusia yang berTUHANkan TEMAN, meMUJA WANITA, dan tak kurang yang meNYEMBAH keMEWAHan dunia semata. wal iyazubillah.

Rupanya ada jalan keluar terbaik dan kebebasan sebenar yang sangat diperlukankita semua. Segalanya bermula di saat kita melangkah keluar dari kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat yang kekal abadi....
~ Insya Allah ~

2011-04-12

Millionaire..Billionaire...Trillionaire

" Farzana, awak nak jadi jutawan apa?jutawan faqir ke?". Tergelak mendengar pertanyaan dari guru di SHAMS. Maaf cikgu, bukan niat saya memeningkan kepala cikgu, cuma saya punya sebab tersendiri apabila bercita-cita menjadi jutawan. Sejak saya mula menyemai cita-cita ini persekitaran saya seolah-olah berbicara memberi semangat dan juga nasihat. Ada suatu ketika, saya sibuk menelaah majalah solusi tiba-tiba saya terselak satu laman yang bertajuk ' Jangan lupa memandang ke bumi kalau sudah berjaya ke langit' ilustrasi gambar disitu menunjukkan kartun seorang muslimah yang berkerjaya sedang terbang ke langit. Kala saya membaca artikel itu, ia seolah-olah menasihati diri ini. Lebih menekadkan saya apabila beberapa hari selepas itu saya asyik terselak artikel tersebut setiap kali saya mahu membaca majalah solusi yang sentiasa berada di atas meja. Beberapa hari lepas juga, ketika saya ke pasaraya Giant terdapat satu booth buku dan yang peliknya... mata saya terus menangkap buku bertajuk ' Jutawan MLM' dan ' Nota Jutawan : Dr. Irfan Khairi '.Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku dan sedang berlaku. Hairan kan... moga ini adalah salah satu rasyid-Nya.


mungkinkah?? Allahu a'lam


" Boleh ke ana?".
 " Ah.. Jutawan berangan bolehlah..".
 " Ana, berpijaklah di bumi nyata!".

Ini antara pandangan orang yang tahu mengenai cita-cita ini. Terkadang terdetik juga di hati ini, 'melampaukah aku?'. Namun...Alhamdulillah ada juga yang menenangkan diri ini. Dia menyoal kembali,  'adakah semua orang melampau apabila dia berdoa untuk masuk ke syurga? sedangkan syurga itu tempat yang paling tinggi dan mulia? '. ' Syurga?.. manusia tiada pilihan lain.. takkan orang nak masuk neraka, satu-satu pilihan yang ada adalah syurga ' , balas diri ini. ' ok.. tapi bukankah nabi bersabda, pohonlah untuk masuk ke syurga firdaus agar dapat berjumpa dengannya, sedangkan kita tahu jannatul firdausi adalah untuk anbia dan yang mendapat rahmat-Nya, melampaukah untuk memohon jannatul firdaus?'. Terdiam mendengar penerangan itu. ' Melampaukah Ayyub al-Ansori, melampaukah Sultan Muhammad Al-Fateh yang bercita-cita memerintah kota Konstantinople? sedangkan nabi bersabda, " rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera", melampaukah mereka?'. Sekali lagi lidah ini terkelu. ' cumanya kita tahu bahawa usaha yang diperlukan lebih tinggi daripada cita-cita itu sendiri, Insya Allah.. Allahu a'lam.. Dia lebih mengetahui'.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran " ( al-Asr 1-3)

Millionaire itu rugi, billionaire pun rugi, begitu juga trillionaire semuanya rugi kecuali orang-orang yang disebutkan dalam surah ini. berIMAN, berAMAL SOLEH, berpesan kepada keBENARan dan berpesan kepada keSABARan...

p/s - doakan diri ini menjadi jutawan hakiki, millionaire dunia, trillionaire akhirat.. Amin...
        peringatkan diri ini andaiku terlupa atau hanyut dilautan dunia...
~ insya Allah ~

2011-04-10

Zinatallaha... (Perhiasannya)

  " Sesungguhnya kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan untuk menguji siapa diantara mereka yang paling baik amlannya. Dan kami jadikan di atasnya tandus lagi kering "  (al- Kahfi ayat 6-7)






Segalanya adalah perhiasan
kau adalah perhiasan
aku adalah perhiasan
dia juga adalah perhiasan
kadangkala tak semua perhiasan itu indah
apatah lagi tanpa disulami salimul akidah

Dan.. rupa-rupanya..
semua perhiasan itu adalah suatu bahan
bahan bagi menguji ahsanu amala
seorang insan bergelar hamba

Ah.. terkadang aku juga terlampau leka
dek panahan hiasan yang fana
kerna indahnya ia memukau jiwa
yang masih rapuh dek dosa nista

Hmm... aku juga terkadang teralpa
dari mencari hikmah disebaliknya
yang pasti..pasti ada
dan sudah tertinta di atas sana

Ya Allah...
jadikan kami dalam kalangan hiasan terindah
yang punya salimul aqidah
yang milliki sohihul ibadah
dan memakai mantiqul khuluq..
amin..





2011-04-09

How much are you worth?


" Berapa nilai kamu? atau apa nilai kamu?", kak nana menyoal kami usai solat subuh. " Nilai 3", jawab salah seorang dari kami. Deraian tawa memecah keheningan pagi ahad itu kala berusrah bersama kak nana. Malam tadi, kak nana masak sangat sedap - tomyam siam, kangkung masak cam kailan, ayam goreng dan kentang. Semuanya sebagai tanda meraikan kejayaan adik-adik usrahnya dalam spm.. Alhamdulillah.

" Bukanlah maksud akak berapa hantaran yang akan kamu mintak nanti... tapi apa nilai kita di sisi Allah. Adakah kita bernilai ataupun tidak? macam mana nak tahu kita ni bernilai ke tidak?", sambung kak nana menerangkan pada kami." Hurm.. melalui kawan.. atau amalan kita.." jawab salah seorang dari kami. " Ok.. betul-betul lagi sikit lagi...". Puas kami memutar otak di pagi hari itu. " Camni lah, apa tujuan hidup kita?kita ada dua tujuan", soal kak nana lagi. " Mengabdikan diri kepada Allah.. ' dan tidaklah kami jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku'.." . " Betul...lagi satu?". " Khalifah Allah di muka bumi... Al-baqarah ayat 30". " Bagus..betul-betul... Bersandarkan dua perkara ni kita boleh tahu adakah kita bernilai disisi Allah". Oh.. baru saya terfikir, menilai diri kita dihadapan Allah dengan meletakkan tujuan hidup sebagai tapaknya. Maknanya, bilamana kita masih belum menjadi hamba sebenar atau khalifah di muka bumi ini rendahlah nilai kita di sisi-Nya. Allah.. jadikan aku dalam kalangan yang bernilai di sisiMu.

" Ada tiga anggota yang membuatkan manusia tersungkur ke lembah neraka kehormatan, perut dan lidah", sambung kak nana lagi. " perut?". " Kehormatan dan lidah memang kita biasa dengar kan, bila seseorang itu berzina dan lidah pula bila dia mengumpat dan memfitnah, tapi perut... perut ni bilamana dia bekerja untuk menjaga perut dia, periuk nasi dia tanpa memikiran pekerjaan tersebut" . Owh... terkadang kita tak sedar pekerjaan kita itulah yang membawa kita ke neraka jahim. wal iazubillah.

Pagi tu, banyak sangat yang saya pelajari. Kak nana menghabisi usrah dengan cerita sahabat perjuangannya di universiti yang sampai tidak cukup duit untuk makan. Moga kita diletakkan dalam kalangan yang beriman di sisi-Nya, amin...

2011-04-08

usrati fi Qalbi

baby, ain nadhirah nazri, atiqah, zirahmi, hazirah, durrah, qharlisa, aina mardhiah, ain nadhirah zainal, iqlima.

tiada dalam gambar : ain zainal, hazirah, aina mardhiah, iqlima ( masing2 ada keje)


Hampir 5 bulan shams ditinggalkan, namun kenangan berusrah pada setiap petang isnin yang terik  amat-amat dirindui. Adik-adik ingat tak nama usrah kita... 'usrati fi qalbi'. Hampir dua tahun kita bersama, sejak kalian form 2 lagi, dan kini kalian sudah menapak di tingkatan 4. Oh... dah besar rupanya adik2 akak ni. Mungkin akak boleh coretkan disini pengalaman yang paling akak ingati, sewaktu kalian sambut birthday akak dua  tahun lepas. Akak langsung tidak menyangka yang adik2 nak buat surprise pada hari tu. Akak rasa saat tu manis sangat-sangat bila dikenang... malam tadi, akak selokngkar pendrive lama akak, dan tiba-tiba akak jumpa satu folder dalam folder gambar. title dia...usrah. bila akak bukak akak jumpa ni...


comelnya, tangan sape la ni kan. ^_^



eh, ada yang takda nih..zirahmi tengah ambil gambar.



  
buat durrah, yang dah pindah...





Happy usrati..


Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan baik selama dua tahun, walaupun akak tahu akak bukanlah naqibah terbaik tetapi akak nak adik2 tahu.... adik2 adalah usrah terbaik, the bestest usrah i ever had. Dan disini akak pohon jutaan ampun dan maaf atas segala kekasaran akak, keboringan bersama akak, dan kesibukan akak yang terkadang mengenepikan adik2. Akak harap sangat2 kita semua akan sentiasa bersatu berlindung di bawah ikatan ukhuwah fillah yang mana akan menghalang kita dari panas terik mentari di padang mahsyar. Amin...apa pun... USRATI FI QALBI....

2011-03-25

Akhirnya......Allahu akbar!! (^_^)

Kisahnya...

Jam menghampiri angka 12 taktala majlis dimulakan, cikgu azmah menjadi pengerusi majlis.Kemudian, pengetua baru shams, hjh lailawati berucap...ringkas dan padat ( tapi still mendebarkan ). tibalah masa yang ditunggu2kn, senarai nama 8 orang pelajar yang mendapat 11A... Tahniah kepada kalian...
Afifah Shabery, Riza Insyirah, Fitrah Ilyana, Ismail izuddin, Fatimah Zahra, Afifah Sidek, Ashraf Azar dan... Hidayah Rosli.
Habis sahaja ckgu azmah berucap, aku terus ajak emak ke meja kelas 5 Ikram. Waktu tu, Allah je yang tahu betapa aku takut + risau + sedih...dan xtahu nak kata ape. Aku pengang erat tangan mak sambil menuggu giliranku. Tika tu, air mataku mengalir...(haha..takut punya pasal). Mak kata, sabar..sabar..insya Allah..jgn nanges na.. Ckgu Azam diri sebelah mak sambil menenangkan aku, 'takpe farzana, lagi sikit...je..sabar...sabar ye...'. Bila aku dengar macam tu lagilah aku leleh. Bangun je nad mahadi, aku terus duduk kat kerusi dapan techer Azlin, mulalah aku sign kat mane2 yang patut. Mata aku dah kabur sampai tersilap kolum.Kemudian tchr Azlin kata, ' saya sedih....( ya Allah waktu tu, laju je meleleh).. subjek saya...  b +' aku terus tegok slip keputusan spm aku.'Tahniah farzana, awak dapat 10A' Alhamdulillah...sume A kecuali physics, kasihan cikgu.. aku terus cium tangan cikgu ( lama...) sebelum bangun, aku sempat cakap, 'maaf cikgu'.

Allahuakbar...Alhamdulillah...Subhanallah,  Akhirnya...Allahuakbar!!!

Thanks a lot...

mak...abah.. terima kasih sangat2. ckgu..ckgu fatin, ckgu azlin, ckg azam,ckg normah, ckg zabedah, usth asmah, us zaini, us hidayat, ckg jamilah, ckg asmah, ckg fatimah ( x lpe pd sume ckgu2 shams)...terima kasih sbb tolong saya, atas ilmu yang dicurahkan... kawan2....kawan2.. thanks a lot sebab bg semangat tuk belajar. Mizah, u've inspired me to study..look up, honey.u've done ur best.for me, u're the best.tim, wow....u've prove urself....congratz...Aten, thanks for being my fren..luv u... n not forgetting my adiks n akaks at shams... coz prayed for my success.TO ALL, hope u'll pray for my futher studies...so, i will choose  n get the best for islam, my family, n myself... i still need ur support

Akhirnya......ALLAHUAKBAR!!

2011-03-10

1001 Inventions : Discover the muslim heritage in our world





The 1001 Invention global touring exhibition which created by Foundation for Sciences Technology and Civilization (FSTC) and being sponsored by  Jameel Foundation (JF). Launched their first exhibition on March 2006 in United Kingdom, then travels around Europe untill they met people at London's Sciences Museum on June 2010 with 400,000 visitors. Now this exhibition is continued at New York Hall of Sciences till April 2011. Hope this exposure show you the real world of islam which had their golden ages when europian,american and british overwhelmed by dark ages. Islam will grab their golden age back !!soon....

2011-03-07

kisah di bilik kuliah



Seorang pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka sedang mengajar anak muridnya yang kemudiannya membincangkan perihal biasiswa mahasiswa.

Pensyarah : Saya adalah seorang pembangkang kerajaan, saya tidak setuju kerajaan buat ...itu....ini.... tetapi saya setiap kali adanya pilihan raya, saya pasti mengundi kerajaan.

Siswa 1 : tapi...kenapa prof buat begitu, sedangkan prof tidak bersetuju dgn mereka?

Pensyarah : Walaupun saya menyokong pembangkang tapi saya bukanlah orang yang tidak tahu berterima kasih. Sebab kerajaan telah memberi biasiswa kepada anak2 saya. dan kami sekeluarga tlh dapat banyak pertolongan dari pihak kerajaan. sedangkan pihak pembangkan tidak punya wang utk berbuat demikian.

Siswa 2 : tapi prof...

Pensyarah : Oh, maafkan saya. ini hanya pendapat saya. terpulang pada anda untuk menerimanya atau menolak...kita sambung pelajaran kita...
                                   ......................................................................................

Di luar bilik kuliah, siswa-siswa berbincang terhadap kenyataan prof yang mereka hormati itu.

Siswa 1 : Aku rasa...btul juga apa yang prof katakan tu, walaupun ada benda yang kita x setuju dgn kerajaan tapi banyak juga yang kita dapat. Sekarang ini pun aku lanjutkan pelajaran kat sini sebab biasiswa j**.

Siswa 2 : Jap2 sblm kita bersetuju atau menolak pendapat prof, korang tau x duit biasiswa kita ni dari siapa?

Siswa 3 : Duit kerajaan lar, xkn ko xtau.

Siswa 2 : korang penah dgr phrase ni tak ' taxpayers money'?

Siswa 1 & 3 : nope..

Siswa 2 : kalau dkat negara2 maju, phrase ni selalu diperkatakan. mksud die, 'duit pembayaran cukai '. korang tau kan macam mane duit gaji mak ayah kita berpusing. Dorang dapat duit, then kena bayar cukai pastu dapat duit blek. so, the same thing goes to sume barang2 yang kita beli. sume barang ade cukainya dan korang tau kan ke  mane cukai akn pergi.

Siswa 3 : kerajaan lah....

Siswa 1 : hah! sekarang baru aku faham, duit biasiswa yang kita dapat tu sebenarnye duit semua rakyat atau lebih tepat duit mak ayah kita.

Siswa 3 : dan duit prof sendiri lah ye.

Siswa 2 : bagus2! pandai pon korang, mungkin prof x sedar hal ini. mungkin kita boleh bincgkn dgn prof utk kelas esok.

Siswa 1 : oh..aku x sabar nak berdebat nih..


LETS BE A THINKER ~ THINK FOR EVERYTHINGS ~



2011-03-06

Lub dub



lub dub....lub dub...lub dub...lub dub..lub dub..lub dub.lub dub.lub dub lubdub lub dub....
.................................lub...............dub.....................lub..................dub..............

someone is dying
coz something will come out soon
and no one could help her
coz she has no one except Him
in order to get..
success or not (not dare enough to say fail)
achived or not
what she could do?
pray, pray and pray
then?
hope, hope and hope
for miracle to happen
for her parents to redha
and for herself to accept it as a qadar
that have been stated at There
Allah...
the only one
she could depend on

and she also hope the same
for every single person which being kind to her
or anyone who treat her as a foe
cause we are all homosapient
which is created by Him...

May all of us
get what we aim in SPM
and let it bring us closer to Him
not further from Him
Amin Ya Rabbal Alamin...


 and oh, alhamdulillah... im still alive ^_^

2011-02-20

Mengambil I"brah dari Musibah...

Khamis, 17 Februari 2011

 5.00 a.m.
 " Allah... dah pukul lima" detik hatiku taktala bagun untuk bersahur.Bangkit sahaja aku dari pembaringan kulihat pintu balkoni luar yg sepatutnya bertutup terbuka separuh. Hatiku tidak merasa apa-apa tika itu kerana memikirkan mungkin emak sudah bangun awal untuk menghirup udara segar di waktu fajar. Terus sahaja aku tuutp pintu itu dan turun untuk bersahur. Kelihatan segalanya baik-baik sahaja.

6.10 a.m.
" Allahuakbar..", taktala aku baru sahaja ingin bertakbiratul ihram menunaikan solat fajar kudengar suara kekecohan dari kamar emak dan abah. Kedengaran seperti ada orang telah pecah masuk ke dalam rumahku! Perasaanku terasa tidak enak, terasa laju pula kuhabiskan solatku waktu itu. Usai solat subuh, aku segera ke kamar emak, " Mak, ana rasa ana tau dia masuk ikut mana. Dia masuk ikut pintu bilik depan tu, pagi tadi ana bangun  pintu terbukak ".

Mak dan abah segera mencari barang berharga masing-masing, nampaknya dompet dan handphone abah tiada!. Abah yang masih baru terjaga dari lenanya kelihatan amat marah memandangkan dia waktu itu sedang sakit pinggang. Raut wajah emak pula kelihatan sungul sekali. Abang pula yang masih terkulat-kulat ters terbangun bila menyedari handphone dan dompet yang diletakkan bawah bantal turut hilang.

Dengan perasaan yang bercampur baur antara marah, geram dan sedih, keduanya melaksanakan solat fajar bersama.Kala itu, aku berasa amat bersalah dan kesal kerana tidak merapatkan tingkap sebelum aku tidur, alasanku malam tadi panas.. Selesai sahaja mereka solat, aku merapati emak. Kulihat air jernih mengalir dipipi emak seraya kuberkata, "mak..ana mintak maaf ". Emak menggeleng lemah sambil mengesat air matanya dia menjawab "takpa..".  ' hebatnya emak, tidak sedikitpun aku dimarahi atas kesilapan besarku ini '.

7.00 a.m.
Kami sekeluarga berkumpul diruang tamu. Suasana amat tegang waktu itu, menyedari laptop pejabat abah dan semua kunci kereta, motor dan rumah juga hilang. Masing-masing buntu, 'macammana nak keluar rumah ni, kunci sume takde'. Tika itu, aku dimarahi atas kecuaianku. Aku juga mengaku bersalah dan hanya mampu diam dan meminta maaf. Waktu itu juga emak selalu mencelah membelaku kerana baginya ini adalh ketentuan-Nya. Aku bersyukur kerana dalam waktu begini emak mampu masih berfikiran rasional. ( walaupun memang aku yang salah ).

Tiba-tiba.. "ha... ada pun kunci". salah seorg dari kami menjumpai kunci rumah disebelah pintu. mungkin emak yang tersalah letak semalam dan Alhamdulillah...inilah yang menyelamatkan kereta Nissan Slyphy yang abah baru beli dikebas malam tadi.

Nenek bersuara, sebenarnya malam tadi dia sedar ada orang masuk tapi diingatnya abang yang balik lambat. "Nenek ingatkan abil, bila ditanya 'abil ke?' 'hmm' dijawabnya, nenek ingatkan abil ", terang nenekku. Menurutnya juga orang tu masuk dua kali, waktu nenek ke bilik air untuk mengambil wuduk, diambilnya pula handphone nenek yang berada disisinya waktu tidur. Alhamdulillah... kami semua bersyukur nenek tidak diapa-apakan. Akibat terlalu memikirkan kesalahanku tidak merapatkan tingkap, aku terlupa yang pencuri itu masuk kedalam bilikku dulu!. Segera aku bertanya adik yang tidur disebelahku malam tadi. "dik, kamu takde pape kan ". Alhamdulillah..alhamdulillah sangat2 kami semua tidak diapa2kan.


   ............................................................................................................................................


Alhamdulillah... semua orang baik-baik sahaja. Inilah kisah 'aku' saya ketika rumah dipecah masuk. Dan saya juga berasa amat bertuah kerana ada 'ibu' macam emak yang sentiasa bersangka baik dengan segala yang berlaku. Pada malam selepas kejadian, masih ada antara kami yang berasa marah dengan pencuri tersebut kerana banyak kerja perlu diselesaikan (report polis, buat i.c baru, lesen baru, tukar sume kunci, beli lock kereta ). Dengan selambanya mak menyanyi sebuah lagu nasyid , " Mana milik kita... mana milik kita... Tiada milik kita" .Abang turut menyanyi bersama emak, waktu itu saya tersenyum bersyukur melihat mereka menerima qadar tuhan. Saya ingin melafazkan syukur sekali lagi apabila keesokan harinya rumah jiran india belakang rumah pula dirompak tapi lebih dahsyat apabila mereka sekeluarga diikat apabila seorang dari keluarga tersebut terjaga. Alhamdulillah, ada juga hikmahnya malam itu, saya tidak bangun awal untuk bersahur, abah terus lena selepas makan ubat, dan abang pula tidak berjaga untuk menonton perlawanan arsenal. Jika tidak, mungkin nasib kami seperti jiran india itu. Wallahua'lam.

2011-02-16

Kata-kata anak kecil

      Petang itu, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Titik-titik hujan terasa begitu laju dan kuat menyemban ke tanah. Pada waktu itu juga Aisyah, anak ustazahku bertanya kepadaku, "Kak, kenapa Allah turunkan hujan? Allah tak sayang kat kita ye?" (mungkin dia melihat hujan terlampau lebat ) berdetak hatiku mendengar soalan si kecil yang pantas mengaitkan alam dengan Penciptanya." Eh, tak lah... takkanlah Allah tak sayang kat kita, Allah turunkan hujan sebab nak bagi kita minum makan, kalau tak matilah kita nanti... Allah turunkan hujan sebab... Allah sayang kat kita dik", balasku cepat agar dapat membetulkan tanggapan anak kecil itu. Aisyah hanya memandang kepadaku dan tersenyum lalu berlari mendapatkan ibunya.

     Lama sudah perbualan ini berlaku, namun baru kini saya terfikir- mungkin benar kata2 si anak kecil itu. Emak saya pernah berkata bahwa hujan itu ada dua, satu hujan rahmat dan satu lagi hujan kifarah. Hujan yang turun pada waktu itu sangat lebat tetapi pada waktu yang sama kami di asrama tiada bekalan air! Apa agaknya ya maknanya semua ini... di luar hujan tapi hakikatnya kami tiada air untuk mandi mahupun berwuduk. Jadi, mungkin benar tekaan si anak kecil yang masih suci dari segala dosa penutup hijab hamba kepada Tuhannya.

   Hidup ini sesuatu yang unik kan. Dia yang menjadikan segala sesuatu dan Dia juga Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dia mampu memberitahu hambanya tentang hikmah terjadinya sesuatu ( dalam kisah ini, hujan) melalui ciptannya yang lain ( Aisyah ) samada manusia mahupun alam. Sungguh halus dan unik Dia menegur hambanya dan sebagai hamba jaganlah pula kita memekakkan telinga, memejamkan mata dan menutup pintu hati apabila Dia menegur. Mungkin lebih baik kita mendengar kata2 si kecil yang suci dari bisikan hati kita yang sudah berbaur 'lumpur'. Wallahua'lam.
  
   

2011-02-06

Bara api...marah


Manusia diprogramkan ada sifat marah apabila hak2 mereka dicerobohi, atau terdapat tentangan terhadap prinsip, kepercayaan dan apa2 sahaja berkaitan diri mereka. Marah umpama satu respon spontan atau bahasa bio nya 'reflex action'. Badan manusia akn cepat menolak dan menjana pertahanan diri apabila ada sesuatu yg baru atau bertentangan dengan diri datang secara tiba2. Contoh mudah yang dapat disertakan disini adlh morning sickness yg berlaku kpd ibu2 mengandung di awal kehamilan, dan contoh lainnya, knee jerk- reflex kaki ke hdpn apbl lutut diketuk.


Begitu juga yang terjadi apabila seseorang itu ditentang atau sistem kepercayaannya dicabar, dia akn marah. Marah menandakan psikologi manusia itu telah diganggu lalu menghasilkan pelbagai natijah yg negatif juga positif. Marah sebagai satu mekanisme pertahanan diri apabila seseorang itu diserang..



KEMARAHAN MEMUNCAK DI MESIR

Begitu juga yang berlaku di mesir, rusuhan dan demonstrasi tanda kemarahan rakyat pada pemerintahan diktator Mubarak. Profesor Muhaya, pakar mata pernah menyatakan memang patut rakyat mereka bangkit menentang pemerintah yang mengambil harta rakyatnya, masakan pensyarah yang mengajar prof. M dan kini mengajar anak prof. M  pendapatan bulanannya masih sekitar RM 7000 iaitu pendapatan yg sama sewaktu dia mengajar prof. M. Begitu juga jika anda membaca sejarah silam kekejaman pemerintahan di Mesir, sewaktu Jamal Abdul Nasser menyeksa para pemimpin ikhwanul muslimin (muslimin brotherhood) bagai binatang yang tidak berguna.

Anda juga akan merasa marah ( jika anda punya rasa persaudaraan ) apabila melihat disini. Siapa Hosni Mubarak yang tegar melakukan demikian pada rakyatnya kalau dia bukan boneka Amerika,dan siapa Amerika yang selalu akur pada raja kezaliman kalau dia bukan boneka Israel.Maaf bukanlah niat penulis ingin menaikkan kemarahan pembaca tetapi sekadar membuka mata2 yang ditutup oleh hijab media.

Ingatlah sabda junjungan, " siapa yang tidak mengambil tahu akan perihal saudara seislamnya, maka dia bukansebahagian dari kita". Dan athar sahabat, Umar al-Khatab bahawa sesiapa yang tiada perasaan marah maka rugilah ia. Tapi harus diingat marah hanya tertakluk pada musuh Yang Maha Esa. Ayuh doakan kemenangan kepada penegak keadilan dan kebenaran.

    MARAH ITU BARA, MAKA LETAKLAH BARA PADA TEMPATNYA...



2011-01-31

Siapa anda?

Anda boleh mencuba pada setiap soalan di bawah ini dan ayuh kita lihat siapa kita sebenarnya, adkh kita adalah siapa yg kita kenali selama ini atau...sebaliknya..

  1- cuba lihat gambar di bawah ini, apa yg anda nampak?

    Berikut adalah anda bg setiap jawapan anda :
 a)  air dlm gelas itu separuh penuh - tahniah, anda seorg yang positif.
 b) air dalam gelas itu separuh kosong - owh..anda seorang yang negatif.
 c) air sedang diisi ke dalam gelas itu - hurm... anda adalah orang yang biasa.
 d) air dlm gelas itu berbuih2 - wah... anda seorg yg artisik
 e) jika tiada dlmm jawapan diatas, anda mungkin seorg yg berfikiran 'out of the box' atau mungkin juga seorg yg pelik..

2- lihat gambar di bawah dgn teliti dan tentukan gambar yang paling anda sukai :

a waterfall

                                       spectacles and pen                                       

                                                                     wonderful mansion
 Answers :
a) waterfall - hebat! anda seorg yg bercita2 tinggi dan berjiwa besar
b) pen and spectacles - hurm.. anda mungkin seorg yang berseni tetapi... anda juga sangat sensitif
c) mansion - aha.. anda adalah seorg yg agak materialistk .
d) kalau semua - anda seorg yg ordinary..(you have to make up yourself...be no ordinary person ya)     

                         
3- apakah yang selalu bermain di fikiran anda  ?

   
                                                                            or

                                                      



                                                                              or



or



Jawapannya :
a) love - anda org yg biasa2 shj sbb zaman sekarang ni  memang zaman bercintan-cintun
b) brain - bagus, anda seorg pemikir yang terkadang tak tahu apa yang difikirkan sebab tiada gambaran jelas tentang pemikiran anda
c) starvation - anda seorang yang prihatin, teruskan keprihatinan anda
d)Mr. President - anda mungkin suka pada dunia kepimpinan tapi perlu diingat pemimpin bukan sekadar memipin tetapi beyond that...

2011-01-19

THE ESQ WAY 165..???

Semalam ketika menaiki ktm dari seremban ke nilai aku ditakdirkan bertemu dengan seorang makcik, Acik Julia namanya. kami berborak agak lama sebelum terbukanya isu ESQ, acik Julia merupakan seorang alumni ESQ.Dia memberitahuku yang ESQ sangaaat bagus, dia memuji-muji pak Ary Ginanjar.katanya dia tidak pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang berceramah sambil menangis. acik Julia sempat berjumpa dengan ramai org2 terkenal antaranya mukhriz mahathir, musa hitam, erra fazira, dan ziela jalil.aku sekadar mendengar dan bertanya tentang pengisian pogram.acik Julia nampaknya bersungguh mengajak aku menyertai ESQ (siap bagi nombor handphone dia lagi). nampaknya waktu tidak mengizinkan aku menyatakan pendirianku tentang ESQ memandangkan train sudah sampai di nilai.


Disini aku terangkan serba sdikit perihal kekeliruan dalam ESQ yang telah diharamkan oleh Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh dan pendapat beberapa pengkaji ESQ.

Datuk Wan Zahidi :

sila baca hasil kajian datuk wan zahidi di link ini :
http://www.imranshamsir.com/ilmiah/fatwa-berkaitan-esq-leadership-training/



gambar ini menunjukkan keakraban Dr. Ary Ginanjar bersama Danah Zohar, seorang yahudi yang memperkenalkan SQ :
Spiritual intelligence (SQ) is unfortunately often overlooked in coaching and development. SQ is not about religion, it is related to that part of the brain which allows us to hope and dream and visualize and to connect us to our purpose in life. It is the trigger in our intelligence which entices us to seek meaning and a greater good by differentiating between good and evil. - dipetik daripada http://dzohar.com/



H Amin Djamaluddin, Pengurus Majelis Ulama Indonesia ( MUI) :

sila lihat link ini :
esq-tentang-asma-Allah-jelas-menyimpang
 
Antara yang dipertikaikan adlah :

1- penggunaan asma' Allah

...kesalahan yang paling mendasar dalam buku ESQ ini adalah penyimpangan makna Asmaul Husna. Ini adalah penyimpangan yang ingin menyaingi Allah SWT...

“walillahil asmaa`ul Husna fad’uuhu bihaa.” Begitu perintah Allah dalam Al-Qur'an. Terjemahan Depag disebutkan, “Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu.”




Tapi Asmaul Husna dalam buku ESQ diartikan menyimpang. Misalnya “Al-Majid” diartikan saya bersifat mulia. “Al-Majid”nya Allah diartikan Ary Ginanjar dengan makna “saya bersifat mulia.” Mengaku sebagai orang yang mulia itu adalah sifat yang angkuh dan sombong. Kalau orang lain yang menilai kita mulia, itu ndak masalah. Tapi kalau kita sendiri yang mengaku mulia, ini kan pengakuan yang angkuh dan sombong.

2- suara hati atau conscience
Dalam buku tersebut Ary Ginanjar menulis imbauan: “Pergunakanlah suara hati anda yang terdalam sebagai sumber kebenaran, yang merupakan karunia Tuhan” (Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ, hal. liv).


Al-Qur'an surat Al-Baqarah ayat 147 Allah menyatakan: “Al-haqqu min robbika.” Kebenaran itu hanya dari Allah. Jadi tidak ada jaminan kebenaran berdasarkan suara hati.



Farid Achmad Okbah, ulama' Bekasi (alumni ESQ ke-46) :

 sila lihat link ini pula : mereka-bertanggungjawab-kepada-Allah-atas-setiap-kesalahan-esq
 
Antara yang dibincangkan ialah:

"Nasihat saya sampaikan secara tertulis kepada Pak Ary Ginanjar melalui sekretarisnya, yaitu Pak Hasan. Akan tetapi sejak tahun 2006 sampai sekarang sepertinya belum ada perubahan-perubahan yang terjadi dalam ESQ ini. "

Yang saya ketahui, saudara Ary Ginanjar selalu menyatakan, “Ini adalah training manajemen bukan training agama.” Pernyataan ini telah berkali-kali dia sampaikan. Padahal di dalam training itu hampir seluruhnya berkaitan dengan agama. Masalahnya, argumentasi tentang agama inilah yang bermasalah.


"…Karena kesalahan itu dilakukan di depan umum, maka koreksinya juga harus dilakukan di depan umum…"


Ary Ginanjar selalu membawakan hadits “Takhallaquu bi-akhlaaqillaah” (berakhlaklah kalian dengan akhlak Allah). Pernyataan ini disampaikan dalam pelatihan ESQ maupun dalam buku. Di bagian terakhir buku itu didoktrinkan tentang Asmaul Husna yang harus diikuti. Padahal ini adalah penyimpangan.


                .........................................................................

Ini semua adalah sekadar satu pendedahan kepda para pembaca....namun, persoalannya siapakah di belakang ESQ?? dan adakah ESQ memdokong misi dan visi yang besar??pendedahan ini akan bersambung...

2011-01-14

KTM dan dia...

 Ini pengalaman tika aku terpaksa pulang ke asrama (tahun lepas) menaiki komuter...sekadar satu perkongsian kpd muslimat2 yg mgkin telah atau akn menjumpai manusia2 sebegini. Biarlah kita tetap menjaga diri kita namun dengan cara yg tidak membuat orang pandang serong pd islam itu sendiri.. ingatlah... WE'RE THE ICON OF ISLAM...

  .....................................................................

    Ptg itu, stesen komuter nilai agak lengang..macam biase. x lama kemudian gerabak train lama itu menghampiri stesen nilai. aku cuba mencari pintu yang paling dekat kerana risau tertinggal, lupa pula aku akn coach wanita yang disediakn..akhirnya, huh alhamdulillah dapat jugak tempat tapi.. ramainya lelaki, bangla pula tu. Aku pun terpaksalah berdiri di tepi pintu train...
     train bergerak mengunjungi satu stesen ke satu stesen, sehinggalah di stesen tiroi. Aku lihat kelibat seorang mamat indon yang berpakaian agak rock masuk ke coach aku.."aduh mamat nih, tak nampak ke dah penuh ni". Elok  sahaja dia masuk dan terus berdiri berdekatanku. train meluncur menuju stesen terakhir, tiba2...

Mamat indon : "assalamualaikum ustazah"
Aku :.....hanya menganguk....
Mamat indon : hmm nama siape?
Aku : ..........tersenyum dan menganguk (haik...dah mule dah mamat nih..)
Mamat indon : haik takkan senyum je..bla bla bla (mengayat),saya sbnrnya suka pada perempuan yang bertudung, tapi yang xsedap nye kan ustazah... dorang ni ble ditegur ke bagi salam ke bukannya nak jawab pun.. tu yang x betul tu ustazah.
Aku :...setelah sekian lama membisu.... "tu hak diaorg, nak jawab atau tidak"
Mamat indon : tu saya tau tpkn x elok tu ustazah, org mcm sy ni bknnya apa, saja suka tegur2 perempuan2 yang bertudung tu kan.
 kedengaran siren komuter"STESEN TERAKHIR, SEREMBAN, SEREMBAN"
Aku : Oklah macam ni... dalam islam hukum menjawab salam seorang lelaki  kepada seorang perempuan yang boleh dikahwini adalah harus. so, terpulanglah pada perempuan tu nak jawab salam atau tidak, ok..

pintu train terbuka dan aku terus keluar meninggalkan mamat tu termanggu2 keseorangan...sebaik memberi tiket kpd pgwl ktm aku terus mencari tempat duduk.."huh penat jugak diri lama2 nih...hmm hauslah pulak"...tiba2

mamat indon : kak kak, saya ada bnyk lagi benda nak tanya akak nih..
aku : ....'Allah hai mamat ni lagi'... dengan muka yang selambanya aku meletakkan beg disebelah tempat dudukku... dia pun terus duduk di kerusi selang satu dariku...
mamat indon : kak saya sbnrnya suka nk belajar agama ni tp skrg ni susah nk cri.....bla2 (keluarlah semua cerita...sehingga petua mak dia pun diberitahu)
aku :.....hanya membisu dan berperwatakn spt org yg lbh tua drpdnya, w/p sbnrnya dia berumur 21 thn....
      .....allahumma la sahla illa ma jaa'l tahu sahla, wa khazna iza syi'ta sahla....aku cuba membaca kalimah2 suci, takut2 dipukau mamat indon itu.....tiba2 aku terasa haus, aku terfikir drpd dia belikan aku air baik aku yang belikan dia air....teringat pula aku akn kisah gadis2 yang dipukau gne air..dan juga gadis LAMBOK...
  "hmm..jap ye saya nak beli air"
..."nah..ambillah sy belanja"....alhamdulillah satu kerisauanku hilang.
mamat indon : ......mula2 menolak tapi akhirnya mengambil dan berterima kasih....
  Akak ni nampak macam dah banyak pengalaman lah, akak tak pandang sy, mesti akk dah  jmpe rmai orang kan, mesti akk dah tinggi belajar...bla2....
aku :....masih act like an ustazah dan menjawab bila perlu, dan  tak putus juga hati kecilku membisikkan kalimah Illahi....

...tak lama selepas itu, kawanku datang menjemput dan si mamat indon itu menghantarku hingga keluar lalu ..."assalamualaikum...", aku hanya mampu menganguk padanya...

ALHAMDULILLAH.......

2011-01-13

Al-Fatihah buat Aqilah

Badannya kecil molek, otaknya cerdas lagi pintar,kata-katanya penghibur hati... dialah racun dialah penawar, namun, Allah lebih sayang padanya. Ahh..kau terlalu muda dik untuk pergi, masih terlalu kecil  dunia yg kau tempuh, tapi kesabaranmu menggunug tinggi. menahan sakit yg meragut kau pergi.. bagaiku tak percaya kau menghidap barah usus..umurmu baru menjangkau 10 tahun, sabarlah makcik minah..Qilah menyahut seruan Illahi..
    "Mak..Qila nk jumpa nanyi, cik jamilah dan ank2nya..Qila nak minta maaf..Qila banyak buat salah", tersangkut-sangkut si kecil itu berkata bagai menahan sesuatu yang berat dikerongkong
    Sayu hati ibu muda itu melihat anak tunggalnya itu, begitu dia bagai merasakan masanya telah tiba.. "qilah...qila pergi dulu ye sayang, takpayah tunggu nyai ye..", tak sanggup dia melihat anknya kepayahan begitu..
Tidak lama kemudian...dia telah pergi utk selama2nya...

.......isnin 3 Januari 2011, lebih kurang 3 pagi, Aqilah tlh melepaskan nafas terakhirnya-alFatihah-........

" mak tahun ni waktu birthday qila kita xpyh buat sambutan tau.. mak buat je kenduri doa selamat, qila dah listkan jemputannya, mak jemput tau" terngiang2 permintaan dihari2 terakhir si kecil itu..

Moga kau berada dlm rahmatnya, pekerja2 lain juga kata tubuhmu ringan, tanahnya mudah menerima, segalanya berjalan lancar.. ramai sangat org yg menziarahimu.. insyaAllah tempatmu bersama org beriman..

14 Januari 2011- hari jadi Aqilah....