Posts

Showing posts from 2015

Wanita Besi~

Wanita Besi. Tarian tanganku makin melonglai. Apakah? Petanda apakah ini? Mungkinkah alamat kelembap basahan otak kananku? Atau kekering kontangan otak kiriku. Narcisstic? Ahaha, penyakit yang berlari menjalar dalam pembuluh-pembuluh darahku. Kenapa, bagaimana dan sejak bila? Kerna hirisan peristiwa yang mencarik robekkan peti Pandora yang puluhan tahun disimpan. Hadirnya dalam gelap malam tanpa undangan, namun punya siratan takdir manis memeluk cumbu diriku. Hanya kini, aku mampu melakar garisan senyum terhadap takdir itu. Setelah keringnya perigi air mataku. Maha Suci Dia-yang mengukir takdirku sebegini rupa. Hamdan Lillah~ Wanita Besi. Menjadi apakah ianya kini? Burukkah sudah besi itu? Penuh karat akibat terdedahnya ia pada titisan air dan tiupan udara. Sebab-akibat yang melayakkan ia tergolong dalam besi buruk. Dilumuri kehinaan dan ketidakpedulian manusia. Hadirnya menyemakkan pandangan, ketiadaannya menjadi impian. Malang. Malang nasib si besi buruk. Mengemis kepedu

Dialah Guru, Dialah Murobbi.

          Tahun 2009 telah mengubah landskap kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Dahulunya, saya hanya seorang pelajar yang mementingkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang ‘terpaksa’ dilalui. Namun, tahun itu mengubah paradigma saya. Daripada seorang yang hanya mementigkan gred A dalam setiap matapelajaran kepada seorang pelajar yang mencintai kajian dalam pelbagai bidang. Segalanya bermula apabila saya mula mengenali seorang guru muallaf (pada persepsi saya ketika itu) yang mengajar subjek paling membosankan; Sejarah.             Kala itu, tidak pernah terlintas di minda bahawa saya akan meminati subjek Sejarah. Masih segar diingatan, bagaimana saya paksa diri untuk belajar sejarah sehingga rasa mual tekak kerana terlalu banyak yang perlu dibaca. Namun, segalanya semakin berubah apabila saya ditakdirkan Allah untuk menjadi anak murid kepada seorang cikgu bergelar murobbi. Saya mula mencintai sejarah. Bahan bacaan berunsur fakta sejarah kini mudah dicapai dan hadamkan