2011-04-18

Bebaskan dirimu ~




Naluri manusia memang suka akan kebebasan, acapkali juga orang inginkan bebas seperti bebasnya si burung terbang di awan nan tinggi. Melihat si burung berkicauan merdu dan melepaskan diri beterbangan sangat dicemburui segelintir manusia. Saya juga pernah bermimpi ingin menjadi burung dan duduk di awan-awanan yang putih dan gebu. Namun, ianya masih sekadar mimpi indah dan tetap selamanya mimpi!

Masih segar diingatan saya satu rancangan di tv3 yang menemubual seorang calon spm yang ditemui sedang meneguk botol-botol arak di sebuah disko pada malam peperiksaan. Apabila ditanya kenapa, jawabnya       ` Bang, tension bang, nak hilangkan stress, esok paper chemist'. Allah... tersentap jiwa ini mendengar jawapannya. Bagaimana agaknya terlintas difikirannya untuk bertindak sedemikian di kala rakan-rakan yang lain berjuang habis-habisan bersama buku dan pena! . Kemudian ada seorang gadis yang juga masih bersekolah, ditanya bangga ke pergi ke disko?, proudly dia menjawab ` Bangga ar, disko kot~'. 
Agak-agaknya apa yang mereka cari ya?-` Kebebasan'- benar, kebebasan!

   Dimana mahu kucari kebebasan... kebebasan hakiki ?

Cuba kalian perhalusi satu tawaran kebebasan hakiki oleh panglima tentera islam, Rubaiyi' bin Amir kepada ketua tentera parsi, Rustam.

`Kami ialah pejuang yang ingin membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia untuk menghambakan diri hanya kepada Allah. Kami ingin membawa manusia keluar dari kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat...'

Sungguh indah ayat ini jika diteliti, penghambaan sesama manusia sangat dibenci oleh semua orang, saya, anda mahupun mereka di luar sana. Terasa sangat hina dan jijik untuk menjadi hamba kepada manusia. Namun, hakikatnya berbeza, ramai dalam kalangan manusia yang berTUHANkan TEMAN, meMUJA WANITA, dan tak kurang yang meNYEMBAH keMEWAHan dunia semata. wal iyazubillah.

Rupanya ada jalan keluar terbaik dan kebebasan sebenar yang sangat diperlukankita semua. Segalanya bermula di saat kita melangkah keluar dari kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat yang kekal abadi....
~ Insya Allah ~

2011-04-12

Millionaire..Billionaire...Trillionaire

" Farzana, awak nak jadi jutawan apa?jutawan faqir ke?". Tergelak mendengar pertanyaan dari guru di SHAMS. Maaf cikgu, bukan niat saya memeningkan kepala cikgu, cuma saya punya sebab tersendiri apabila bercita-cita menjadi jutawan. Sejak saya mula menyemai cita-cita ini persekitaran saya seolah-olah berbicara memberi semangat dan juga nasihat. Ada suatu ketika, saya sibuk menelaah majalah solusi tiba-tiba saya terselak satu laman yang bertajuk ' Jangan lupa memandang ke bumi kalau sudah berjaya ke langit' ilustrasi gambar disitu menunjukkan kartun seorang muslimah yang berkerjaya sedang terbang ke langit. Kala saya membaca artikel itu, ia seolah-olah menasihati diri ini. Lebih menekadkan saya apabila beberapa hari selepas itu saya asyik terselak artikel tersebut setiap kali saya mahu membaca majalah solusi yang sentiasa berada di atas meja. Beberapa hari lepas juga, ketika saya ke pasaraya Giant terdapat satu booth buku dan yang peliknya... mata saya terus menangkap buku bertajuk ' Jutawan MLM' dan ' Nota Jutawan : Dr. Irfan Khairi '.Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku dan sedang berlaku. Hairan kan... moga ini adalah salah satu rasyid-Nya.


mungkinkah?? Allahu a'lam


" Boleh ke ana?".
 " Ah.. Jutawan berangan bolehlah..".
 " Ana, berpijaklah di bumi nyata!".

Ini antara pandangan orang yang tahu mengenai cita-cita ini. Terkadang terdetik juga di hati ini, 'melampaukah aku?'. Namun...Alhamdulillah ada juga yang menenangkan diri ini. Dia menyoal kembali,  'adakah semua orang melampau apabila dia berdoa untuk masuk ke syurga? sedangkan syurga itu tempat yang paling tinggi dan mulia? '. ' Syurga?.. manusia tiada pilihan lain.. takkan orang nak masuk neraka, satu-satu pilihan yang ada adalah syurga ' , balas diri ini. ' ok.. tapi bukankah nabi bersabda, pohonlah untuk masuk ke syurga firdaus agar dapat berjumpa dengannya, sedangkan kita tahu jannatul firdausi adalah untuk anbia dan yang mendapat rahmat-Nya, melampaukah untuk memohon jannatul firdaus?'. Terdiam mendengar penerangan itu. ' Melampaukah Ayyub al-Ansori, melampaukah Sultan Muhammad Al-Fateh yang bercita-cita memerintah kota Konstantinople? sedangkan nabi bersabda, " rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera", melampaukah mereka?'. Sekali lagi lidah ini terkelu. ' cumanya kita tahu bahawa usaha yang diperlukan lebih tinggi daripada cita-cita itu sendiri, Insya Allah.. Allahu a'lam.. Dia lebih mengetahui'.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran " ( al-Asr 1-3)

Millionaire itu rugi, billionaire pun rugi, begitu juga trillionaire semuanya rugi kecuali orang-orang yang disebutkan dalam surah ini. berIMAN, berAMAL SOLEH, berpesan kepada keBENARan dan berpesan kepada keSABARan...

p/s - doakan diri ini menjadi jutawan hakiki, millionaire dunia, trillionaire akhirat.. Amin...
        peringatkan diri ini andaiku terlupa atau hanyut dilautan dunia...
~ insya Allah ~

2011-04-10

Zinatallaha... (Perhiasannya)

  " Sesungguhnya kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan untuk menguji siapa diantara mereka yang paling baik amlannya. Dan kami jadikan di atasnya tandus lagi kering "  (al- Kahfi ayat 6-7)






Segalanya adalah perhiasan
kau adalah perhiasan
aku adalah perhiasan
dia juga adalah perhiasan
kadangkala tak semua perhiasan itu indah
apatah lagi tanpa disulami salimul akidah

Dan.. rupa-rupanya..
semua perhiasan itu adalah suatu bahan
bahan bagi menguji ahsanu amala
seorang insan bergelar hamba

Ah.. terkadang aku juga terlampau leka
dek panahan hiasan yang fana
kerna indahnya ia memukau jiwa
yang masih rapuh dek dosa nista

Hmm... aku juga terkadang teralpa
dari mencari hikmah disebaliknya
yang pasti..pasti ada
dan sudah tertinta di atas sana

Ya Allah...
jadikan kami dalam kalangan hiasan terindah
yang punya salimul aqidah
yang milliki sohihul ibadah
dan memakai mantiqul khuluq..
amin..





2011-04-09

How much are you worth?


" Berapa nilai kamu? atau apa nilai kamu?", kak nana menyoal kami usai solat subuh. " Nilai 3", jawab salah seorang dari kami. Deraian tawa memecah keheningan pagi ahad itu kala berusrah bersama kak nana. Malam tadi, kak nana masak sangat sedap - tomyam siam, kangkung masak cam kailan, ayam goreng dan kentang. Semuanya sebagai tanda meraikan kejayaan adik-adik usrahnya dalam spm.. Alhamdulillah.

" Bukanlah maksud akak berapa hantaran yang akan kamu mintak nanti... tapi apa nilai kita di sisi Allah. Adakah kita bernilai ataupun tidak? macam mana nak tahu kita ni bernilai ke tidak?", sambung kak nana menerangkan pada kami." Hurm.. melalui kawan.. atau amalan kita.." jawab salah seorang dari kami. " Ok.. betul-betul lagi sikit lagi...". Puas kami memutar otak di pagi hari itu. " Camni lah, apa tujuan hidup kita?kita ada dua tujuan", soal kak nana lagi. " Mengabdikan diri kepada Allah.. ' dan tidaklah kami jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku'.." . " Betul...lagi satu?". " Khalifah Allah di muka bumi... Al-baqarah ayat 30". " Bagus..betul-betul... Bersandarkan dua perkara ni kita boleh tahu adakah kita bernilai disisi Allah". Oh.. baru saya terfikir, menilai diri kita dihadapan Allah dengan meletakkan tujuan hidup sebagai tapaknya. Maknanya, bilamana kita masih belum menjadi hamba sebenar atau khalifah di muka bumi ini rendahlah nilai kita di sisi-Nya. Allah.. jadikan aku dalam kalangan yang bernilai di sisiMu.

" Ada tiga anggota yang membuatkan manusia tersungkur ke lembah neraka kehormatan, perut dan lidah", sambung kak nana lagi. " perut?". " Kehormatan dan lidah memang kita biasa dengar kan, bila seseorang itu berzina dan lidah pula bila dia mengumpat dan memfitnah, tapi perut... perut ni bilamana dia bekerja untuk menjaga perut dia, periuk nasi dia tanpa memikiran pekerjaan tersebut" . Owh... terkadang kita tak sedar pekerjaan kita itulah yang membawa kita ke neraka jahim. wal iazubillah.

Pagi tu, banyak sangat yang saya pelajari. Kak nana menghabisi usrah dengan cerita sahabat perjuangannya di universiti yang sampai tidak cukup duit untuk makan. Moga kita diletakkan dalam kalangan yang beriman di sisi-Nya, amin...

2011-04-08

usrati fi Qalbi

baby, ain nadhirah nazri, atiqah, zirahmi, hazirah, durrah, qharlisa, aina mardhiah, ain nadhirah zainal, iqlima.

tiada dalam gambar : ain zainal, hazirah, aina mardhiah, iqlima ( masing2 ada keje)


Hampir 5 bulan shams ditinggalkan, namun kenangan berusrah pada setiap petang isnin yang terik  amat-amat dirindui. Adik-adik ingat tak nama usrah kita... 'usrati fi qalbi'. Hampir dua tahun kita bersama, sejak kalian form 2 lagi, dan kini kalian sudah menapak di tingkatan 4. Oh... dah besar rupanya adik2 akak ni. Mungkin akak boleh coretkan disini pengalaman yang paling akak ingati, sewaktu kalian sambut birthday akak dua  tahun lepas. Akak langsung tidak menyangka yang adik2 nak buat surprise pada hari tu. Akak rasa saat tu manis sangat-sangat bila dikenang... malam tadi, akak selokngkar pendrive lama akak, dan tiba-tiba akak jumpa satu folder dalam folder gambar. title dia...usrah. bila akak bukak akak jumpa ni...


comelnya, tangan sape la ni kan. ^_^



eh, ada yang takda nih..zirahmi tengah ambil gambar.



  
buat durrah, yang dah pindah...





Happy usrati..


Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan baik selama dua tahun, walaupun akak tahu akak bukanlah naqibah terbaik tetapi akak nak adik2 tahu.... adik2 adalah usrah terbaik, the bestest usrah i ever had. Dan disini akak pohon jutaan ampun dan maaf atas segala kekasaran akak, keboringan bersama akak, dan kesibukan akak yang terkadang mengenepikan adik2. Akak harap sangat2 kita semua akan sentiasa bersatu berlindung di bawah ikatan ukhuwah fillah yang mana akan menghalang kita dari panas terik mentari di padang mahsyar. Amin...apa pun... USRATI FI QALBI....