Posts

Showing posts from February, 2011

Mengambil I"brah dari Musibah...

Khamis, 17 Februari 2011  5.00 a.m.  " Allah... dah pukul lima" detik hatiku taktala bagun untuk bersahur.Bangkit sahaja aku dari pembaringan kulihat pintu balkoni luar yg sepatutnya bertutup terbuka separuh. Hatiku tidak merasa apa-apa tika itu kerana memikirkan mungkin emak sudah bangun awal untuk menghirup udara segar di waktu fajar. Terus sahaja aku tuutp pintu itu dan turun untuk bersahur. Kelihatan segalanya baik-baik sahaja. 6.10 a.m. " Allahuakbar..", taktala aku baru sahaja ingin bertakbiratul ihram menunaikan solat fajar kudengar suara kekecohan dari kamar emak dan abah. Kedengaran seperti ada orang telah pecah masuk ke dalam rumahku! Perasaanku terasa tidak enak, terasa laju pula kuhabiskan solatku waktu itu. Usai solat subuh, aku segera ke kamar emak, " Mak, ana rasa ana tau dia masuk ikut mana. Dia masuk ikut pintu bilik depan tu, pagi tadi ana bangun  pintu terbukak ". Mak dan abah segera mencari barang berharga masing-masing, nampakn

Kata-kata anak kecil

Image
      Petang itu, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Titik-titik hujan terasa begitu laju dan kuat menyemban ke tanah. Pada waktu itu juga Aisyah, anak ustazahku bertanya kepadaku, "Kak, kenapa Allah turunkan hujan? Allah tak sayang kat kita ye?" (mungkin dia melihat hujan terlampau lebat ) berdetak hatiku mendengar soalan si kecil yang pantas mengaitkan alam dengan Penciptanya." Eh, tak lah... takkanlah Allah tak sayang kat kita, Allah turunkan hujan sebab nak bagi kita minum makan, kalau tak matilah kita nanti... Allah turunkan hujan sebab... Allah sayang kat kita dik", balasku cepat agar dapat membetulkan tanggapan anak kecil itu. Aisyah hanya memandang kepadaku dan tersenyum lalu berlari mendapatkan ibunya.      Lama sudah perbualan ini berlaku, namun baru kini saya terfikir- mungkin benar kata2 si anak kecil itu. Emak saya pernah berkata bahwa hujan itu ada dua, satu hujan rahmat dan satu lagi hujan kifarah. Hujan yang turun pada waktu itu sangat lebat

Bara api...marah

Image
Manusia diprogramkan ada sifat marah apabila hak2 mereka dicerobohi, atau terdapat tentangan terhadap prinsip, kepercayaan dan apa2 sahaja berkaitan diri mereka. Marah umpama satu respon spontan atau bahasa bio nya 'reflex action'. Badan manusia akn cepat menolak dan menjana pertahanan diri apabila ada sesuatu yg baru atau bertentangan dengan diri datang secara tiba2. Contoh mudah yang dapat disertakan disini adlh morning sickness yg berlaku kpd ibu2 mengandung di awal kehamilan, dan contoh lainnya, knee jerk- reflex kaki ke hdpn apbl lutut diketuk. Begitu juga yang terjadi apabila seseorang itu ditentang atau sistem kepercayaannya dicabar, dia akn marah. Marah menandakan psikologi manusia itu telah diganggu lalu menghasilkan pelbagai natijah yg negatif juga positif. Marah sebagai satu mekanisme pertahanan diri apabila seseorang itu diserang.. KEMARAHAN MEMUNCAK DI MESIR Begitu juga yang berlaku di mesir, rusuhan dan demonstrasi tanda kemarahan rakyat pada pemerintahan