2018-04-08

Memori Azimat Diriku

Oktober 2009.

Jarum jam menghampiri pukul 12.00 tengah hari, kami sebagai peserta Kem Latihan Kepimpinan 09’ sedang menyusun resolusi bagi sesi kami tahun hadapan. Ketika sesi itu berlangsung, Ketua Umum I mempengerusikan majlis. Kami diminta duduk seperti ahli parlimen, semua KP duduk di atas kerusi dalam satu bulatan besar tanpa lapis. Manakala, 10 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk aku, Fatin, Afiza, Timah dan Myrabell dan AMT muslimin berada di tengah. Taktala KU I menalankan sesi itu, fasi kami, abang Hazwan tiba-tiba memanggil dia untuk berbincang sesuatu. Lalu, aku selaku KU II terpaksa mengambil alih peranan KU I. Maka, bermulalah episode yang tidak pernah kami jangka akan terjadi dalam KLIK 09’.
 
Bilik Badar SMKA SHAMS 
Aku meneruskan tugasnya tadi untuk menulis semua cadangan-cadangan dari KP2 bagi sesi kami akan datang. Selesai menulis cadangan yang terakhir muat di atas white board, tiba-tiba aku bersuara, “ Oh, rupa-rupanya ada otak semua KP ni? Ana ingatkan 10 orang di hadapan ini sahaja yang ada otak!”. Tiba-tiba bangun satu sosok yang amat aku kenali, Farid namanya, : “Farzana….. Kau kan…!!”, sambil menangis menahan marah. “Ape? Teruskan…”, aku jaawab selamba mendepang dada. “KAU KALAU NAK TEGUR PUN…BAIK-BAIK LAH SIKIT. MULUT KAU TUH…”, Farid tak mampu menahan amarahnya lalu terduduk menangis. Aku hampir-hampir sahaja mencebik bibir melihat perlakuan lemah lelaki seKPku.
Lalu, dengan penuh selamba badaknya aku memegang mikrofon dan bercakap, “Okay, siapa-siapa lagi yang tidak puas hati dengan ana boleh cakap!”. Kemudian bangkit adik form 4 yang aku kenali, Fateh : “ Akak!! Saya Tak puas hati….”, percakapan Fateh dipotong oleh suara Abg Hazwan.
“ Farzana, bagi abang mic tu.” Lantas kuserahkan mic itu pada Abg Hazwan. Abg Hazwan mengheret Fateh ke hadapanku sambil berkata, “ Kalau nak tegur pemimpin bukan macam tu, datang dekat-dekat dan tegur dengan baik, ok, sekarang cakap apa yang kamu nak cakap”.
“Err.. Kak Farzana, macam ini. Kami okay je sebenarnya nak terima teguran akak. Cumanya, kadang-kadang bahasa akak terlalu kasar. Akak kalau nak tegur tu..bla..bla..bla”.
Aku hanya memandang sepi perkataan Fateh, hatiku mengumam, ‘tahu pun takut kalau cakap depan-depan. Bajet berani je lebih.’  
            Kemudian Abg Hazwan mengambil alih suasana, 6 orang Ketua Umum dan Timbalannya diminta membuat barisan. Dan targetnya adalah KU I dan KU II (aku). Sesi pertama untuk KU I. Dia mempunyai pangkal hati yang sangat lembut, sekalipun kelembutan hatinya itu disadur besi keegoaan yang tebal. Abg Hazwan pantas membaca hati KU I itu, selepas ditegur beberapa kesilapannya, Abg Hazwan bertanya, “ Syahmi, apa ayat yang paling Syahmi suka?,” “Infiruu khifafaw wa thiqolaa”. Lembut Abg Hazwan meletakkan tangannya dibelakang dada Syahmi dan memintanya membaca ayat itu berulang kali. Aku kira tidak sampai lima kali ayat itu dibaca, Syahmi sudah mula menitiskan air mata. Abg Hazwan memintanya duduk bersama K.U yang lain.
            Tumpuan ini beralih kepadaku.
“Farzana, sudah istighfar belum?”
‘Belum’
“Istighfar dahulu dan baca Al-Fatihah”
Aku terkumat-kamit membaca kalimah-kalimah suci itu secara paksa-rela.
“Farzana tahu tidak kesalahan Farzana?”
‘Tak’, aku menggeleng.
“Farzana tahu tak masalah KP sebenar ada pada Farzana?”
‘Tak!’ gelenganku semakin deras.
“Farzana tahu tak masalah SHAMS sebenarnya terletak pada Farzana?? Sebab keegoan kamu!! Sebab keceluparan mulut kamu. Kamu tahu tak semua masalah itu berpunca dari diri kamu! Kamu sedar tak itu!”. Menyambar-nyambar jerkahan soalan Abg Hazwan menumbuk gegendang telingaku.
‘Tak, tak, tak….!!’, aku menggeleng semakin kuat bersama derasnya air mata yang jatuh.
Aku tidak mampu lagi menahan air mataku tika itu. Semua masalah ini berpunca dariku? Apa masalah aku? Aku sangat egokah? Kerja penat aku selama ini terbantut kerana masalah aku sendiri? Apa masalahnya dengan diriku ini??. Air mataku tumpah umpama air terjun yang tidak henti-henti.
            Selanjutnya, Abg Hazwan menyeru sahabat2 KP muslimat untuk memberi semangat kepadaku. Lantas mereka berlari memelukku. Aku makin tidak dapat menahan empangan air mata yang telah lama tidak mengalir dibalik tembok keegoanku. Aku memohon maaf kepada mereka. Ramai yang memberi kata2 semangat kepadaku. Namun, empangan itu masih belum berhenti mengalir. Dan ketika itu juga kami terpaksa menghabiskan sesi ini kerana telah lewat satu jam dari yang dijanjikan untuk majlis penutup.
            Aku terpaksa duduk di bahagian depan sekali untuk mengambil sijil peyertaan. Sepanjang majlis berlagsung, air mataku tidak mahu berhenti mengalir. Ada pula tangan yang menghulurkan sekotak tisu buatku. Taktala megambil sijil dan memeluk tubuh GPK HEM kami, Ustazah Asmah a.k.a Ummi air mataku tumpah lagi.
            Usai majlis ringkas penutupan, kami bersalam-salaman dan aku berdiri di sebelah Ustazah Asmah Rahim. Seorang demi seorang anak buahku kusalam dan peluk. Semakin ramai yang kupeluk, semakin sebak dan sesak dadaku. Aku akhirnya tidak lagi mampu berdiri dan memohon kerusi untuk duduk. Aku menangis lagi. Menangis lemah tidak berdaya memikirkan keegoan diriku ini. Ramai sahabatku datang memberi semangat. Setelah datangnya Izza Fatiha barulah aku kembali lega. Aku kira aku sudah mampu berfikir semula ketika itu.
            Kala menapak keluar dewan, teman rapatku menghampiri.. “Ana…”, ujarnya sambil tersenyum menahan air mata. Kami berpelukan. Bagi aku, dia tidak perlu kata apa-apa, aku sudah cukup faham bahasa semangat yang disalurkannya. Kami sama-sama menuju Dewan Makan sebelum pulang mengemas barang di dalam dorm. Aku tertidur sebentar di dalam dorm kerana terlalu letih menangis dalam jangka masa yang paling lama dalam sejarah hidupku.
            Sebelum menaiki bas, aku mengajak Fatin berjumpa Abg Hazwan. Fazi-fasi kelihatan sedang mengemas barang program. Aku berjalan menghampiri Abg Hazwan, “Abg, terima kasih dan tahniah sebab berjaya buat saya menangis”. Abg Hazwan menoleh dan tersenyum, belum sempat dia menjawab datang Abg Shah menyampuk, “Farzana, sejak bila engkau tak menangis hah?”. “sejak lahir…”, jawab Abg Hazwan bersahaja. Lalu kami tergelak. Mereka berdua menasihatiku beberapa perkara sebelum kami bertolak menaiki bas.
            Aku kira ini harta karunku yang diberi oleh Allah dan sangat-sangat berharga buatku. Dan aku tidak ingin segalanya hilang selama-lamanya. Make me strong again, O' Allah.  

2018-02-26

Pena telah terangkat, Lembaran sudah mengering!

Aku,
Manusia biasa yang penuh tanda tanya. Menghujani Tuhan dengan persoalanku di celah-celah doa yang tidak kuketahui ketulusannya. Mempersoalkan itu dan ini. Mengapa? Mengapa Engkau takdirkan hidupku begini? Jika bukan kerana ini, yang itu pasti tidak berlaku! Argh...getusan hati yang terkadang melampau dalam bermonolog pada Tuhannya.

Dalam setiap sela derapan langkah ini, dalam sisipan memori silam yang kacau bilau silau melilau itu, aku tahu aku sering mempersoalkan takdirNya. Saban waktu bertanya ; 'Tuhan, apakah hikmah bagi kegagalanku kali ini? Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk meletakkan semuanya pada tempatnya kembali? Bagaimana caranya aku ingin mengembalikan ketenangan diriku dan orang sekelilingku?'. Jeda. Dalam setiap pertanyaan itu aku temui jalan buntu - mati akalku mencari pangkal yang tidak ketemu.

Sampai tiba satu tika, terpancul dari ruang kotak pemikiranku - yang mungkin sahaja bisikan malaikat Sang Pemelihara - 'Mungkin bukan ini soalan yang sepatutnya...' . Lalu, apa soalan yang sepantasnya aku tujukan padaMu Tuhan? Dan mungkinkah jua ianya bukanlah soalan melainkan satu kata putus dariku menjawab takdir ini? Adakah sebenarnya aku tidak perlu lakukan apa-apa untuk meletakan semuanya kembali pada tempatnya? Adakah ini sememangnya yang Engkau inginkan Tuhanku?

Soalan demi soalan muncul, dan aku kepenatan melayani setiap karenah soalan yang hadir. Pada akhirnya, aku temui jawapan dalam sebaris kata dari Sang Nabi S.A.W :

"Pena Telah Terangkat, Lembaran Sudah Mengering!" 

Maka, apa yang perlu aku lakukan?
"Peliharalah Allah, maka Allah akan memeliharamu".


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَال:
(( يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ))


2015-04-17

Wanita Besi~

Wanita Besi.

Tarian tanganku makin melonglai. Apakah? Petanda apakah ini? Mungkinkah alamat kelembap basahan otak kananku? Atau kekering kontangan otak kiriku. Narcisstic? Ahaha, penyakit yang berlari menjalar dalam pembuluh-pembuluh darahku. Kenapa, bagaimana dan sejak bila? Kerna hirisan peristiwa yang mencarik robekkan peti Pandora yang puluhan tahun disimpan. Hadirnya dalam gelap malam tanpa undangan, namun punya siratan takdir manis memeluk cumbu diriku. Hanya kini, aku mampu melakar garisan senyum terhadap takdir itu. Setelah keringnya perigi air mataku. Maha Suci Dia-yang mengukir takdirku sebegini rupa. Hamdan Lillah~

Wanita Besi.

Menjadi apakah ianya kini? Burukkah sudah besi itu? Penuh karat akibat terdedahnya ia pada titisan air dan tiupan udara. Sebab-akibat yang melayakkan ia tergolong dalam besi buruk. Dilumuri kehinaan dan ketidakpedulian manusia. Hadirnya menyemakkan pandangan, ketiadaannya menjadi impian. Malang. Malang nasib si besi buruk. Mengemis kepedulian insan yang turut sama hina pada asalnya. Memencilkan diri dalam keluasan daerah. Menanah jiwa dalam kesucian laman. Perlukah? 
Haha.

Wanita besi.

Lalui deoxidation! Hapuskan kotoran nan berkarat. Licin kilatkan inci-inci dedahan tubuhmu. Sapu. Sapu ratakan pengilat nan menyilau penglihatan insani. Suci. Suci bersihkan nanahan jadian ciptaan udara. Hapus. Hapuskan sebab-akibat kekaratan itu. Dan.. aku berlutut memohon, tutup. Tutuplah kembali peti Pandora seasalnya ia.       


Mafraq, Jordan. 

2015-02-28

Dialah Guru, Dialah Murobbi.

          Tahun 2009 telah mengubah landskap kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Dahulunya, saya hanya seorang pelajar yang mementingkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang ‘terpaksa’ dilalui. Namun, tahun itu mengubah paradigma saya. Daripada seorang yang hanya mementigkan gred A dalam setiap matapelajaran kepada seorang pelajar yang mencintai kajian dalam pelbagai bidang. Segalanya bermula apabila saya mula mengenali seorang guru muallaf (pada persepsi saya ketika itu) yang mengajar subjek paling membosankan; Sejarah.

            Kala itu, tidak pernah terlintas di minda bahawa saya akan meminati subjek Sejarah. Masih segar diingatan, bagaimana saya paksa diri untuk belajar sejarah sehingga rasa mual tekak kerana terlalu banyak yang perlu dibaca. Namun, segalanya semakin berubah apabila saya ditakdirkan Allah untuk menjadi anak murid kepada seorang cikgu bergelar murobbi. Saya mula mencintai sejarah. Bahan bacaan berunsur fakta sejarah kini mudah dicapai dan hadamkan. Memahami sejarah menjadikan kita mengenali asal usul diri. Murobbi saya sering mengulang dalam kelas kami, “sejarah dalam Bahasa Inggeris dipanggil –History- yang membawa maksud, his story (cerita dia)”. Sejarah adalah cerita dia, cerita saya dan kita semua. Kini, saya memahami sejarah sebagai satu jalan cerita dan bukan lagi fakta yang membosankan. 

            Seingat saya, SMKA SHAMS baru sahaja diiktiraf menjadi salah sebuah sekolah dalam kelompok Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2008. Atas perbincangan dan kebijaksanaan pentadbiran sekolah ketika itu, SHAMS telah memilih tiga penanda aras kebitaraan kluster iaitu Badan Agama Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR), Pendidikan Islam dan CATUR. Sebagai anak SHAMS, saya bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan ini. Sungguh, saya bangga. Apa yang menariknya, pemilihan penanda aras ini menjadi asbab utama yang megubah gaya pemikiran saya! Segalanya bermula apabila pihak sekolah bersetuju membina tugu besar CATUR diwakili oleh buah catur ‘castle’ di tengah-tengah laluan utama sekolah. Pembinaan yang biasa-biasa pada zahirnya, tapi luar biasa bagi yang berfikir. Bertitik tolak daripada ketidaksetujuan kami (baca: anak-anak BADAR) terhadap pembinaan tugu itu, sejarah catur kami selongkar. Kaedah ‘arkeologi’ diaplikasikan terhadap bahan-bahan bacaan berkaitan catur dan hal ehwalnya. Satu permulaan kajian yang menarik! Dan hasil kajian juga sangat menarik dan memeranjatkan. Kami mula mengenali asal usul catur, konspirasi yahudi dalam permainan catur dan lebih memeranjatkan, kajian ini membawa kepada penelitian gerakan illuminate a.k.a freemasons. Alhamdulillah. Sungguh, beliaulah murobbiah yang membimbing hala tuju pemikiran kami tika itu. Sehigga saya pernah tinggal di rumah beliau untuk meneruskan pengkajian kami. Sungguh, tanpa bantuan beliau –biiznillah- saya tidak mungkin mampu mengkaji sejauh itu.

            Hasil penelitian dan kajian mendalam yang kami jalankan, kami sebulat suara menolak pemilihan permainan catur sebagai salah satu kebitaraan cluster sekolah. Saya mengambil contoh mudah, pernahkah kita terfikir mengapa buah catur ‘king’ dibina bersama tanda salib? Dan mengapa pula wujud buah catur ‘knight’ berbentuk kuda? Kemudian disebelah kiri dan kanan papan catur diletakkan buah catur ‘castle’? seolah-olah menjadi kubu pertahanan kepada ketua buah catur ( King – bertanda salib). Apakah yang dimaksudkan dengan penyusunan setiap buah catur ini dan bentuknya. In sha Allah- akan saya lampirkan bersama risalah ini, dapatan kajian kami terhadap permainan catur dan hal ehwal sekitarnya. Cukup dahulu sampai disini untuk perihal catur.            

Buat Murobbiahku, 
Cikgu Fatin Azira Chong Binti Abdullah a.k.a Jessica Chong. 

2014-04-10

Sahabat, aku mencintaimu~

Subhanallah walhamdulillah~

Allahu akbar, lama sudah tidak menulis. Terasa semacam kaku tika jemariku meniti di atas papan kekunci. Sengaja. Sengaja aku biarkan diriku tidak menulis kerna saat kudiam itu tandanya hatiku perlukan ubat. Perlukan kerehatan untuk mencarik kembali kekuatan yang pudar dek hempasan ujian. Aku risau penulisanku akan basi jika aku meneruskan penulisan saat hatiku sendiri merintih. Itu nasihat sang penulis besar, Baharuddin Bekri. Tulisannya kemas, tersusun dan menyentuh terus ke hati.

Sahabat syurga! Dahulunya aku amat asing dengan kalimah ini. Kalimah yang bagiku agak skeptikal. Logikkah adanya sahabat syurga di dunia? Mana mungkin penghuni dunia yg terlalu lalai dan leka ini punya sahabat menuju syurga. Namun, pertemuan aku dengan mereka membuka satu sinar baru. Aku tersentuh melihat cantuman hati dan keyakinan mereka kepada title 'sahabat syurga'. Dan mereka membuktikan kepada aku, memang sahabat syurga itu wujud. Tautan hati itu tak bisa dilihat, tapi bisa dirasai dan dinikmati.

Kami berenam dipertemukan atas hamparan tikar dakwah. Mulanya, sekadar melunaskan tanggungjawab sebagai pengikrar pejuang islam. Pernah suatu saat, aku rasa lelah atas ragam masing-masing. Dan hanya kepada-Nya aku merintih mohon kekuatan. Tekadku kala itu, habis sahaja tugasan ini maka aku berlepas diri daripada kalian.  Namun, semakin lama kami bersama semacam ada suatu perasaan aneh di hati kami. Seolah-olah kami telah pernah bersua muka penuh keakraban di alam roh suatu masa dahulu. Sepertinya, kami sangat mengenali antara satu sama lain, sedangkan tidak sampai setahun usia pengenalan ini. Aku melihat diriku dalam dirimu, dan kamu melihat dirimu dalam diriku (yg ni aku xsure..^^). Semakin lama semakin aku yakin, bahwa Allah menurunkan kalian agar aku lebih menghargai sahabat dan menjadi sahabat terbaik. Sebagaimana Dia menurunkan dua ekor burung gagak untuk mengajar Qabil kaedah mengebumikan saudaranya, Habil yang dibunuh atas perasaan cemburu!

Kalian umpama lukluil maknun yang diturunkan ke bumi. Ya, kalian tidak maksum...malah selalu tersadung duri-duri maksiat dalam perjalanan itu. Namun, azam dan ikatan hati yang kalian persembahkan itu mengagumkan aku. Sehingga kini, aku amat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada kalian.

Dan, aku berazam untuk menjadikan diriku sahabat syurga buat sahabatku yang Allah takdirkan ikatan 'kimia' antara kami. Aku sendiri tidak pasti kenapa kami ditakdirkan begini. Tapi sahabat, aku mencintamu kerana Allah. ( the flying dove & kasut ribben ) ^^

~Credit to : Nafisah Ayuni (akak suka nama ni), Amirah Mukmin, Zakiyah Madihah, Adibah Azizi, dan my Pooh.Kc Amirah Syahida~

MAGNET - I forgot what is this word stands for, please remember me. =,=. Btw, lets make our magnetic filed attract the others towards islam. ^_~.

P/s - Cinta. Taktala dirimu terkena sampukan itu, maka tariklah dan pijaklah di bumi nyata. Jangan biarkan dirimu terbang melayang di awang-awngan. Itu bkn cinta tp sekadar nafsu! Belajarlah merealitikan cintamu. ~Kita terlalu tidak realistik ketika romantik, by Ust. Hasrizal Abd Jamil..."Aku Terima Nikahnya"~ (erk...xdo kono mngono)