2015-04-17

Wanita Besi~

Wanita Besi.

Tarian tanganku makin melonglai. Apakah? Petanda apakah ini? Mungkinkah alamat kelembap basahan otak kananku? Atau kekering kontangan otak kiriku. Narcisstic? Ahaha, penyakit yang berlari menjalar dalam pembuluh-pembuluh darahku. Kenapa, bagaimana dan sejak bila? Kerna hirisan peristiwa yang mencarik robekkan peti Pandora yang puluhan tahun disimpan. Hadirnya dalam gelap malam tanpa undangan, namun punya siratan takdir manis memeluk cumbu diriku. Hanya kini, aku mampu melakar garisan senyum terhadap takdir itu. Setelah keringnya perigi air mataku. Maha Suci Dia-yang mengukir takdirku sebegini rupa. Hamdan Lillah~

Wanita Besi.

Menjadi apakah ianya kini? Burukkah sudah besi itu? Penuh karat akibat terdedahnya ia pada titisan air dan tiupan udara. Sebab-akibat yang melayakkan ia tergolong dalam besi buruk. Dilumuri kehinaan dan ketidakpedulian manusia. Hadirnya menyemakkan pandangan, ketiadaannya menjadi impian. Malang. Malang nasib si besi buruk. Mengemis kepedulian insan yang turut sama hina pada asalnya. Memencilkan diri dalam keluasan daerah. Menanah jiwa dalam kesucian laman. Perlukah? 
Haha.

Wanita besi.

Lalui deoxidation! Hapuskan kotoran nan berkarat. Licin kilatkan inci-inci dedahan tubuhmu. Sapu. Sapu ratakan pengilat nan menyilau penglihatan insani. Suci. Suci bersihkan nanahan jadian ciptaan udara. Hapus. Hapuskan sebab-akibat kekaratan itu. Dan.. aku berlutut memohon, tutup. Tutuplah kembali peti Pandora seasalnya ia.       


Mafraq, Jordan.