Posts

Showing posts from 2018

Memori Azimat Diriku

Image
Oktober 2009. Jarum jam menghampiri pukul 12.00 tengah hari, kami sebagai peserta Kem Latihan Kepimpinan 09’ sedang menyusun resolusi bagi sesi kami tahun hadapan. Ketika sesi itu berlangsung, Ketua Umum I mempengerusikan majlis. Kami diminta duduk seperti ahli parlimen, semua KP duduk di atas kerusi dalam satu bulatan besar tanpa lapis. Manakala, 10 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk aku, Fatin, Afiza, Timah dan Myrabell dan AMT muslimin berada di tengah. Taktala KU I menalankan sesi itu, fasi kami, abang Hazwan tiba-tiba memanggil dia untuk berbincang sesuatu. Lalu, aku selaku KU II terpaksa mengambil alih peranan KU I. Maka, bermulalah episode yang tidak pernah kami jangka akan terjadi dalam KLIK 09’.   Bilik Badar SMKA SHAMS  Aku meneruskan tugasnya tadi untuk menulis semua cadangan-cadangan dari KP2 bagi sesi kami akan datang. Selesai menulis cadangan yang terakhir muat di atas white board, tiba-tiba aku bersuara, “ Oh, rupa-rupanya ada otak semua KP ni? Ana ingat

Pena telah terangkat, Lembaran sudah mengering!

Image
Aku, Manusia biasa yang penuh tanda tanya. Menghujani Tuhan dengan persoalanku di celah-celah doa yang tidak kuketahui ketulusannya. Mempersoalkan itu dan ini. Mengapa? Mengapa Engkau takdirkan hidupku begini? Jika bukan kerana ini, yang itu pasti tidak berlaku! Argh...getusan hati yang terkadang melampau dalam bermonolog pada Tuhannya. Dalam setiap sela derapan langkah ini, dalam sisipan memori silam yang kacau bilau silau melilau itu, aku tahu aku sering mempersoalkan takdirNya. Saban waktu bertanya ; 'Tuhan, apakah hikmah bagi kegagalanku kali ini? Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk meletakkan semuanya pada tempatnya kembali? Bagaimana caranya aku ingin mengembalikan ketenangan diriku dan orang sekelilingku?'. Jeda. Dalam setiap pertanyaan itu aku temui jalan buntu - mati akalku mencari pangkal yang tidak ketemu. Sampai tiba satu tika, terpancul dari ruang kotak pemikiranku - yang mungkin sahaja bisikan malaikat Sang Pemelihara - 'Mungkin bukan ini soalan yang se