Bara api...marah


Manusia diprogramkan ada sifat marah apabila hak2 mereka dicerobohi, atau terdapat tentangan terhadap prinsip, kepercayaan dan apa2 sahaja berkaitan diri mereka. Marah umpama satu respon spontan atau bahasa bio nya 'reflex action'. Badan manusia akn cepat menolak dan menjana pertahanan diri apabila ada sesuatu yg baru atau bertentangan dengan diri datang secara tiba2. Contoh mudah yang dapat disertakan disini adlh morning sickness yg berlaku kpd ibu2 mengandung di awal kehamilan, dan contoh lainnya, knee jerk- reflex kaki ke hdpn apbl lutut diketuk.


Begitu juga yang terjadi apabila seseorang itu ditentang atau sistem kepercayaannya dicabar, dia akn marah. Marah menandakan psikologi manusia itu telah diganggu lalu menghasilkan pelbagai natijah yg negatif juga positif. Marah sebagai satu mekanisme pertahanan diri apabila seseorang itu diserang..



KEMARAHAN MEMUNCAK DI MESIR

Begitu juga yang berlaku di mesir, rusuhan dan demonstrasi tanda kemarahan rakyat pada pemerintahan diktator Mubarak. Profesor Muhaya, pakar mata pernah menyatakan memang patut rakyat mereka bangkit menentang pemerintah yang mengambil harta rakyatnya, masakan pensyarah yang mengajar prof. M dan kini mengajar anak prof. M  pendapatan bulanannya masih sekitar RM 7000 iaitu pendapatan yg sama sewaktu dia mengajar prof. M. Begitu juga jika anda membaca sejarah silam kekejaman pemerintahan di Mesir, sewaktu Jamal Abdul Nasser menyeksa para pemimpin ikhwanul muslimin (muslimin brotherhood) bagai binatang yang tidak berguna.

Anda juga akan merasa marah ( jika anda punya rasa persaudaraan ) apabila melihat disini. Siapa Hosni Mubarak yang tegar melakukan demikian pada rakyatnya kalau dia bukan boneka Amerika,dan siapa Amerika yang selalu akur pada raja kezaliman kalau dia bukan boneka Israel.Maaf bukanlah niat penulis ingin menaikkan kemarahan pembaca tetapi sekadar membuka mata2 yang ditutup oleh hijab media.

Ingatlah sabda junjungan, " siapa yang tidak mengambil tahu akan perihal saudara seislamnya, maka dia bukansebahagian dari kita". Dan athar sahabat, Umar al-Khatab bahawa sesiapa yang tiada perasaan marah maka rugilah ia. Tapi harus diingat marah hanya tertakluk pada musuh Yang Maha Esa. Ayuh doakan kemenangan kepada penegak keadilan dan kebenaran.

    MARAH ITU BARA, MAKA LETAKLAH BARA PADA TEMPATNYA...



Comments

  1. Alahmdulillah.. Mubarak telah berundur...namun, yang lebih penting sekarang adalah pengganti kepimpinan mesir..

    ReplyDelete

Post a Comment

~ thanks for your comments~

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle