Dialah Guru, Dialah Murobbi.

          Tahun 2009 telah mengubah landskap kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Dahulunya, saya hanya seorang pelajar yang mementingkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang ‘terpaksa’ dilalui. Namun, tahun itu mengubah paradigma saya. Daripada seorang yang hanya mementigkan gred A dalam setiap matapelajaran kepada seorang pelajar yang mencintai kajian dalam pelbagai bidang. Segalanya bermula apabila saya mula mengenali seorang guru muallaf (pada persepsi saya ketika itu) yang mengajar subjek paling membosankan; Sejarah.

            Kala itu, tidak pernah terlintas di minda bahawa saya akan meminati subjek Sejarah. Masih segar diingatan, bagaimana saya paksa diri untuk belajar sejarah sehingga rasa mual tekak kerana terlalu banyak yang perlu dibaca. Namun, segalanya semakin berubah apabila saya ditakdirkan Allah untuk menjadi anak murid kepada seorang cikgu bergelar murobbi. Saya mula mencintai sejarah. Bahan bacaan berunsur fakta sejarah kini mudah dicapai dan hadamkan. Memahami sejarah menjadikan kita mengenali asal usul diri. Murobbi saya sering mengulang dalam kelas kami, “sejarah dalam Bahasa Inggeris dipanggil –History- yang membawa maksud, his story (cerita dia)”. Sejarah adalah cerita dia, cerita saya dan kita semua. Kini, saya memahami sejarah sebagai satu jalan cerita dan bukan lagi fakta yang membosankan. 

            Seingat saya, SMKA SHAMS baru sahaja diiktiraf menjadi salah sebuah sekolah dalam kelompok Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2008. Atas perbincangan dan kebijaksanaan pentadbiran sekolah ketika itu, SHAMS telah memilih tiga penanda aras kebitaraan kluster iaitu Badan Agama Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR), Pendidikan Islam dan CATUR. Sebagai anak SHAMS, saya bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan ini. Sungguh, saya bangga. Apa yang menariknya, pemilihan penanda aras ini menjadi asbab utama yang megubah gaya pemikiran saya! Segalanya bermula apabila pihak sekolah bersetuju membina tugu besar CATUR diwakili oleh buah catur ‘castle’ di tengah-tengah laluan utama sekolah. Pembinaan yang biasa-biasa pada zahirnya, tapi luar biasa bagi yang berfikir. Bertitik tolak daripada ketidaksetujuan kami (baca: anak-anak BADAR) terhadap pembinaan tugu itu, sejarah catur kami selongkar. Kaedah ‘arkeologi’ diaplikasikan terhadap bahan-bahan bacaan berkaitan catur dan hal ehwalnya. Satu permulaan kajian yang menarik! Dan hasil kajian juga sangat menarik dan memeranjatkan. Kami mula mengenali asal usul catur, konspirasi yahudi dalam permainan catur dan lebih memeranjatkan, kajian ini membawa kepada penelitian gerakan illuminate a.k.a freemasons. Alhamdulillah. Sungguh, beliaulah murobbiah yang membimbing hala tuju pemikiran kami tika itu. Sehigga saya pernah tinggal di rumah beliau untuk meneruskan pengkajian kami. Sungguh, tanpa bantuan beliau –biiznillah- saya tidak mungkin mampu mengkaji sejauh itu.

            Hasil penelitian dan kajian mendalam yang kami jalankan, kami sebulat suara menolak pemilihan permainan catur sebagai salah satu kebitaraan cluster sekolah. Saya mengambil contoh mudah, pernahkah kita terfikir mengapa buah catur ‘king’ dibina bersama tanda salib? Dan mengapa pula wujud buah catur ‘knight’ berbentuk kuda? Kemudian disebelah kiri dan kanan papan catur diletakkan buah catur ‘castle’? seolah-olah menjadi kubu pertahanan kepada ketua buah catur ( King – bertanda salib). Apakah yang dimaksudkan dengan penyusunan setiap buah catur ini dan bentuknya. In sha Allah- akan saya lampirkan bersama risalah ini, dapatan kajian kami terhadap permainan catur dan hal ehwal sekitarnya. Cukup dahulu sampai disini untuk perihal catur.            

Buat Murobbiahku, 
Cikgu Fatin Azira Chong Binti Abdullah a.k.a Jessica Chong. 

Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle