Memori Azimat Diriku

Oktober 2009.

Jarum jam menghampiri pukul 12.00 tengah hari, kami sebagai peserta Kem Latihan Kepimpinan 09’ sedang menyusun resolusi bagi sesi kami tahun hadapan. Ketika sesi itu berlangsung, Ketua Umum I mempengerusikan majlis. Kami diminta duduk seperti ahli parlimen, semua KP duduk di atas kerusi dalam satu bulatan besar tanpa lapis. Manakala, 10 orang Ahli Majlis Tertinggi termasuk aku, Fatin, Afiza, Timah dan Myrabell dan AMT muslimin berada di tengah. Taktala KU I menalankan sesi itu, fasi kami, abang Hazwan tiba-tiba memanggil dia untuk berbincang sesuatu. Lalu, aku selaku KU II terpaksa mengambil alih peranan KU I. Maka, bermulalah episode yang tidak pernah kami jangka akan terjadi dalam KLIK 09’.
 
Bilik Badar SMKA SHAMS 
Aku meneruskan tugasnya tadi untuk menulis semua cadangan-cadangan dari KP2 bagi sesi kami akan datang. Selesai menulis cadangan yang terakhir muat di atas white board, tiba-tiba aku bersuara, “ Oh, rupa-rupanya ada otak semua KP ni? Ana ingatkan 10 orang di hadapan ini sahaja yang ada otak!”. Tiba-tiba bangun satu sosok yang amat aku kenali, Farid namanya, : “Farzana….. Kau kan…!!”, sambil menangis menahan marah. “Ape? Teruskan…”, aku jaawab selamba mendepang dada. “KAU KALAU NAK TEGUR PUN…BAIK-BAIK LAH SIKIT. MULUT KAU TUH…”, Farid tak mampu menahan amarahnya lalu terduduk menangis. Aku hampir-hampir sahaja mencebik bibir melihat perlakuan lemah lelaki seKPku.
Lalu, dengan penuh selamba badaknya aku memegang mikrofon dan bercakap, “Okay, siapa-siapa lagi yang tidak puas hati dengan ana boleh cakap!”. Kemudian bangkit adik form 4 yang aku kenali, Fateh : “ Akak!! Saya Tak puas hati….”, percakapan Fateh dipotong oleh suara Abg Hazwan.
“ Farzana, bagi abang mic tu.” Lantas kuserahkan mic itu pada Abg Hazwan. Abg Hazwan mengheret Fateh ke hadapanku sambil berkata, “ Kalau nak tegur pemimpin bukan macam tu, datang dekat-dekat dan tegur dengan baik, ok, sekarang cakap apa yang kamu nak cakap”.
“Err.. Kak Farzana, macam ini. Kami okay je sebenarnya nak terima teguran akak. Cumanya, kadang-kadang bahasa akak terlalu kasar. Akak kalau nak tegur tu..bla..bla..bla”.
Aku hanya memandang sepi perkataan Fateh, hatiku mengumam, ‘tahu pun takut kalau cakap depan-depan. Bajet berani je lebih.’  
            Kemudian Abg Hazwan mengambil alih suasana, 6 orang Ketua Umum dan Timbalannya diminta membuat barisan. Dan targetnya adalah KU I dan KU II (aku). Sesi pertama untuk KU I. Dia mempunyai pangkal hati yang sangat lembut, sekalipun kelembutan hatinya itu disadur besi keegoaan yang tebal. Abg Hazwan pantas membaca hati KU I itu, selepas ditegur beberapa kesilapannya, Abg Hazwan bertanya, “ Syahmi, apa ayat yang paling Syahmi suka?,” “Infiruu khifafaw wa thiqolaa”. Lembut Abg Hazwan meletakkan tangannya dibelakang dada Syahmi dan memintanya membaca ayat itu berulang kali. Aku kira tidak sampai lima kali ayat itu dibaca, Syahmi sudah mula menitiskan air mata. Abg Hazwan memintanya duduk bersama K.U yang lain.
            Tumpuan ini beralih kepadaku.
“Farzana, sudah istighfar belum?”
‘Belum’
“Istighfar dahulu dan baca Al-Fatihah”
Aku terkumat-kamit membaca kalimah-kalimah suci itu secara paksa-rela.
“Farzana tahu tidak kesalahan Farzana?”
‘Tak’, aku menggeleng.
“Farzana tahu tak masalah KP sebenar ada pada Farzana?”
‘Tak!’ gelenganku semakin deras.
“Farzana tahu tak masalah SHAMS sebenarnya terletak pada Farzana?? Sebab keegoan kamu!! Sebab keceluparan mulut kamu. Kamu tahu tak semua masalah itu berpunca dari diri kamu! Kamu sedar tak itu!”. Menyambar-nyambar jerkahan soalan Abg Hazwan menumbuk gegendang telingaku.
‘Tak, tak, tak….!!’, aku menggeleng semakin kuat bersama derasnya air mata yang jatuh.
Aku tidak mampu lagi menahan air mataku tika itu. Semua masalah ini berpunca dariku? Apa masalah aku? Aku sangat egokah? Kerja penat aku selama ini terbantut kerana masalah aku sendiri? Apa masalahnya dengan diriku ini??. Air mataku tumpah umpama air terjun yang tidak henti-henti.
            Selanjutnya, Abg Hazwan menyeru sahabat2 KP muslimat untuk memberi semangat kepadaku. Lantas mereka berlari memelukku. Aku makin tidak dapat menahan empangan air mata yang telah lama tidak mengalir dibalik tembok keegoanku. Aku memohon maaf kepada mereka. Ramai yang memberi kata2 semangat kepadaku. Namun, empangan itu masih belum berhenti mengalir. Dan ketika itu juga kami terpaksa menghabiskan sesi ini kerana telah lewat satu jam dari yang dijanjikan untuk majlis penutup.
            Aku terpaksa duduk di bahagian depan sekali untuk mengambil sijil peyertaan. Sepanjang majlis berlagsung, air mataku tidak mahu berhenti mengalir. Ada pula tangan yang menghulurkan sekotak tisu buatku. Taktala megambil sijil dan memeluk tubuh GPK HEM kami, Ustazah Asmah a.k.a Ummi air mataku tumpah lagi.
            Usai majlis ringkas penutupan, kami bersalam-salaman dan aku berdiri di sebelah Ustazah Asmah Rahim. Seorang demi seorang anak buahku kusalam dan peluk. Semakin ramai yang kupeluk, semakin sebak dan sesak dadaku. Aku akhirnya tidak lagi mampu berdiri dan memohon kerusi untuk duduk. Aku menangis lagi. Menangis lemah tidak berdaya memikirkan keegoan diriku ini. Ramai sahabatku datang memberi semangat. Setelah datangnya Izza Fatiha barulah aku kembali lega. Aku kira aku sudah mampu berfikir semula ketika itu.
            Kala menapak keluar dewan, teman rapatku menghampiri.. “Ana…”, ujarnya sambil tersenyum menahan air mata. Kami berpelukan. Bagi aku, dia tidak perlu kata apa-apa, aku sudah cukup faham bahasa semangat yang disalurkannya. Kami sama-sama menuju Dewan Makan sebelum pulang mengemas barang di dalam dorm. Aku tertidur sebentar di dalam dorm kerana terlalu letih menangis dalam jangka masa yang paling lama dalam sejarah hidupku.
            Sebelum menaiki bas, aku mengajak Fatin berjumpa Abg Hazwan. Fazi-fasi kelihatan sedang mengemas barang program. Aku berjalan menghampiri Abg Hazwan, “Abg, terima kasih dan tahniah sebab berjaya buat saya menangis”. Abg Hazwan menoleh dan tersenyum, belum sempat dia menjawab datang Abg Shah menyampuk, “Farzana, sejak bila engkau tak menangis hah?”. “sejak lahir…”, jawab Abg Hazwan bersahaja. Lalu kami tergelak. Mereka berdua menasihatiku beberapa perkara sebelum kami bertolak menaiki bas.
            Aku kira ini harta karunku yang diberi oleh Allah dan sangat-sangat berharga buatku. Dan aku tidak ingin segalanya hilang selama-lamanya. Make me strong again, O' Allah.  

Comments

Popular posts from this blog

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle