Tamparan nasihat...

tatkala diri terlalu leka mengajak kpd kbaikan, menolak yg mungkar..
diri ini terlupa pada dirinya sendiri. sebagaimana firman-Nya dlm surah al-baqarah ayat 44...
" kamu menyeru manusia kpd kbaikan dan melupakan diri kamu, sdgkan kamu membaca al-kitab, tidakkah kamu terfikir? (44)"
tika hening hembusan air-cond menyapa, kala itu aku sedang bermuzakarah bersama 2 sahabat sefikrah. Diakhir diskusi memikirkan biah shams, seorg sahabat memberi tamparan pada diri ini..
menegur tentang sikapku, menyatakan contoh dikalgn sahabat nabi yg perlu diteladani..
aku tersentak, kelu lidahku, jiwaku bagai ditendang
aku hanya mampu melafazkan terima kasih...
bergegas aku keluar...
setelah itu, aku duduk bersama seorg lagi shbatku stlh dia pergi..
aku terfikir kenapa aku terasa bagai ditampar????
mungkin kerana ada takabbur di hati ini...
mungkin kerna ku rasa sudah 'besar'
mungkin juga sudah terlalu lama tidak ditampar diri ini..
Usai solat asar... aku terfikir
mungkin inilah peringatan dari al-Khaliq
kerna diriku tidak sempurna
kerna jiwaku tidak mantap.......
sahabat-sahabatku,
menerima kesilpn itu mmg sukar..
namun, itulah hakikat kehidupan
kita takkan selamanya benar..
dan takkkan selamanya batil...
memetik kata-kata ukhti Afifah azam
" sediakn sedikit ruang didlm diri kita untuk terima teguran orang"
malulah pada dirimu, agar mudah kau berubah
usah kau malu pada kawanmu nanti malumu tidak kemana
p/s : sudah lama diri menyepi bukan kerna tertidur... tapi kerna desakan kehidupan yg x memberi peluang daku mencoret disini

Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle