2010-03-19

warkah buat sahabat

" yang berkata tidak untung, yang mendengar juga tidak untung, yang untung hanyalah org yg mengamalkannya.."


Taktala suara si ustaz muncul dari corong radio, terasa laju melalui pinna telinga ini. Laju pula ia diransang di cochlea lalu menghantar nerve melalui auditory nerve menuju otak. tiba pula giliran si otak menghantar tindak balas pd hatiku. terasa hati bagai dicucuk2 dek panahan ayat si ustaz tadi. Bukankah tlh difirmankan dlm al-Quran , " Sungguh besar kebencian Allah kpd orang yg tidak melaksanakan apa yg dikatakan" ( surah as-saff )
Pabila diri dibenci sahabat, hati ini terasa sakit sekali. pabila ada yg mengata, jiwa teras ditikam. pabila ada yg terus menerus mengutuk depan mata, bagai nak tumbang tubuh di hdpn mreka. Namun, knapa hati tidak meras sebegitu pabila dibenci Yang Maha Pencipta... sukar agaknya hati merasai murkanya al-Khaliq. Mungkin hati ini maih berselaput dosa, mungkin jiwa ini msh blum bersih spenuhnya.

Wahai sang pendaei, dikala kau berkata dihadapan, dikala kau berpidato penuh semangat, ingatlah puluhan telinga menadah kata2 yg keluar dr bibirmu. Roqib dan Atib jua mencatat apa yg kau perkatakan. Taktala kau berucap ingatlah pd siapa kau berkata dan knapa kau berkata - kata. Si pendengar akn melihat kembali akhlak dirimu sblm  cuba mnerima kata-katamu. sang malaikat pula akn memberikan hujah diakhirat kelak andai kau melanggar kata-kata mu.

kenapa kau menasihati si dia?? andai jelas dan kau tahu apa yg kau lakukan maka senangkanlah hatimu dgn perkataanmu. namun, andai kau pernah memperkatakan sesuatu yg 'belum' engkau lakukan, maka jgn kau undur walau setapak tapi langkahlah kehadapn dgn satu niat yg luhur. perjuangan yg kita lalui ini tak pernah lengang dr ancaman insan. maka, jgn sekali-kali kau alih kebelakang menghukum kesalahan diri. ingatlah  "Apakah ada perkataan yg lbh baik drpd mengajak kpd Allah"



Allah mengurniakan manusia dgn saty mulut dan dua telinga....

1 comment:

  1. hurm.... rindu pada teguran tulus seperti ini, rindu pada nasihat suci dr sahabat..

    ReplyDelete

~ thanks for your comments~