2010-07-10

Isra' mi'raj : perjalanan menuju Tuhan

Buraq.. satu tunggangan berwarna putih, tingginya lebih besar dari keldai namun lebih kecil dari baghal.. kecepatannya sejauh penghabisan mata memandang bersamaan 300,000 km sesaat, subhanallah! Hanya sekelip mata sang nabi sampai ke tempat tujuannya... ditemani jibril dan israfil...tiba pula nabi di satu tmpat..sungguh rmai wanita...ramai wanita...wanita-wanita yg diseksa..
  
    kekasih Allah itu melihat seorg wanita digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih, pabila ditanya pada malaikat penurun wahyu, mengapa begitu? " merekalah org2 yg tidak mahu melindungi ranbutnya drpd dilihat lelaki ajnabi.."

     kemudian terlihat pula olehnya wanita yang diikat kedua kakinya dan dua tangannya sampai ke ubun-ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking, lalu ditanya mengapa? " merekalah wanita yang boleh solat dan puasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub.."

     perjalanan diteruskan lagi..kelihatan seorang wanita memakan tubuhnya sendiri, manakala dibawahnya ada api yang menyala, jawab lagi malaikat jibril " mereka adalah perempuan yang berhias utk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan keaiban orang lain"

    kala melihat persekitarannya sayu hati nabi, tika ini, terlihat pula akannya wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka, jibril malaikat pendamping yang setia lantas berkata, " mereka suka memahsyurkan diri sendiri akan perhiasannya "

     dalam menyeberangi semua itu, ada pula wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.. siapakah mereka?? " mereka adalah wanita yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta "

    Dan ada juga seksaan terhadap kaum adam, habibullah lantas terlihat satu kelompok manusia yang menghantukkan kepala sendiri keatas batu sehingga hancur berkecil mengeluarkan otak, lalu tercantum semula dan segalanya berulang, siapa pula mereka wahai jibril?? " mereka adlah golongan yang meninggalkan solat lima waktu "

  Sungguh hiba hati pemimpin ulung umat islam melihat seksaan yg bakal diterima umatnya jika melanggar perintah tuhan... lalu buraq berlalu menuju arasy Allah...

                              ...................................................................................................................

     Ya rasulullah, sungguh mulia dirimu sanggup terus meningatkan umatmu dan mengkhabarkan kami azab2 tuhan yang tak bisa dilihat insan lain, walau akhirnya kau terus-terus sahaja dikutuk, difitnah sbg org gila... mana mungkin manusia blh ke masjidil aqsa lalu ke masjidil haram dan naik ke arasy Allah .. mana mungkin, namun aku percaya bahwa kau utusan Illahi, kekasih Yang Esa... tugasmu yang utama sbg tabligh, menyampaikan berita gembira dan ancaman  seksa dari al-Khaliq
   Ya habibullah, umatmu kini sudah longgar talian iman, banyak jua yang merempuh benteng tauhid, jua menyeberangi jalan taghut.. amat sukar jiwa kami utk sentiasa lurus dijalan ini. Terlalu banyak tentangan utk kami berpegang pada tali nan lurus ini. Sukar bagi kami seorg hamba yang hina ini tuk meninggalkan segala larangan Illahi.. namun ya rasulullah kami tetap percaya akan sabdamu..

   " islam itu datang dalam keadaan dagang(asing) dan akan kembali dalam dagang (asing) , maka beruntunglah orang2 yang dagang (asing) " 

* sahabat peganglah pada ayat Illahi dan hadis nabi pabila kita ditujahi batuan taktala melaksana perintah Illahi.. biar redha manusia hilang namun yang utana redha Illahi......

No comments:

Post a Comment

~ thanks for your comments~