2009-11-23

bulan aku

angin november membawa kembali kenangan lalu... bulan ini penuh onak duri yg mengajar, mengejar tak kurang juga yg mengeji.. hmmm benar kata mantan pres. badar, "bila kita wat program dan kita gagal itulah kebahagiaan sebenar"... walau ramai yg tak setuju dgn kita , biar sahabat seperjuangan mahupun ustaz biarlah... kerna hakikatnya kita masih mencuba menjadi yg terbaik di kalangan terbilang...
alhamdulillah, bulan ni aku menghadapi pelbagai orang, pelbagai situasi dan pelbagai cabaran baru.
ya, tukarkanlah masalah kepada cabaran.. ada beberapa kem telah ku pergi dan semuanya punya banyak pengisian dan salah satunya KLIK 09/10, tak tergambar betapa aku merasakan lakarannya dihati ini.. terima kasih semua... maafkan diri kerdil ini ya...

kelmarin
aku berjalan penuh jati diri
tak perlu lagi bertatih mahupun merangkak
ayuh, ayuh bangunlah teman jalan seiring dgnku..
kupaksa sahabat
menjadi sepertiku
kupedulikan kaki kalian yg patah
tangan kalian yg hilang
yang kupasti aku mahu kau jadi sptku

semalam,
kudaki bukit itu
walau tinggi menjulang kelangit
aku berlari mencari puncaknya
ah.. sakitnnya tercucuk duri
kubiar segalanya
asal saja kudapat sampai kepuncaknya
ada sahabat menjerit
meminta tunggu sebentar
namun aku mahu pantas
"ayuh lekas bangun
kini bukan waktu tuk berehat"
ada pula yg kejang kakinya
tak mampu berlari mengejarku
kutengking dia, kusepak kakinya
harapanku moga cepat reda....

tadi
wah, kutelah sampai kepuncak
kugirang tidak terkira
kujulang-julang diriku
melompat sepenuh rasa
hmmm
dan kini ku arahkan teman-temanku
kita harus menuruni cerun ini
agar dapat kita daki
bukit yang satu lagi

aku turuni bukit ini
dengan satu semangat jitu
aku berlari sekuat hati
menuruni cerun ini
kurasakn kakiku bagai tak berpijak atas bumi
selaju kakiku mulutku lantang mengeluar bunyi
menjadi pembakar semangat diri

tiba-tiba,
kala kelajuanku mencapai tahap tertinggi
datang insan sufi
menggenggam seketul batu
lalu dihayunkan batu itu kearahku
BANGG....
terpelanting wajahku kekiri
lalu tergolek diriku sendiri
darah merah pekat mengalir laju
sedang diriku masih tergolek
menuruni curam itu

akhirnya kutersadung batang pokok
kala itu
kuterfikir
apa akan jadi kelak
pada diri ini

2 comments:

  1. salam..sebuah sajak nukilan hati yang lahir dari insan bergelar sahabatku ini benar2 membuat diri ini turut berfikir sejenak....by fatin syuhada

    ReplyDelete
  2. farzana!

    takkan mengalir air yang keruh dari telaga yang jernih.

    takkan mengalir air yang jernih dari telaga yang keruh.

    ReplyDelete

~ thanks for your comments~