Raya Korban.... untuk siapa???

"Ana!!! cepat ... dah pukul 8 ni...", jerit emak memanggilku. ' hish, org laki ni x paham2 ke yg kte ni prmpuan', getus ku sendirian. Namun kupercepatkan juga langkahku mengejar waktu. Raya kali ni hanya satu kereta yg pergi solat raya kerana yg lain uzur syarie, nampaknya hanya aku dan kakakku ank perempuan yg pergi. Sentra abah meluncur laju mengejar ingin bertakbir bersama di masjid.

" Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.." sayup takbir bergema dari tempat parkir kereta.. fuh, ramai betul orang hari ini, Alhamdulillah. Aku dan kakakku terpaksa mengambil tempat diluar kerana sudah terlalu penuh di dalam. Taktala menunggu solat raya, aku hanya mampu melihat akak disebelahku yg hanya memakai selendang nipis menutup mahkotanya...

Usai solat raya, kami bertakbir lagi ... Khutbah kali ini penuh semangat walau suaranya x begitu jelas kerana aku duduk diluar.. namun penyampaiannya begitu bersemangat . inilah khatib2 yg kita perlukan.. Tika aku cuba mendengar khutbah itu, saudara2 seislam dgnku beransur2 bangun meninggalkan masjid. 1...2..3..10..15..20..., argh.. ramainya..ramainya.... yang hanya togel menjejak kaki ke rumah Allah. " dieorang ni melebihkan yg sunat drpd yg wajib kan", bisik kakak kepadaku.. aku mengangguk 'Ya, solat sunat mampu tapi menjaga mahkota mereka sukar sekali'. tiba - tiba kepalaku terasa sakit memandang mereka lantas aku menundukkan pandanganku.. ' Kak, adik , mak cik bila lagi kita nak korbankan rasa rimas kita, bila lagi kita nak korbankan nafsu nak bercantik2 kita, kembalilah kak, adk ,mkcik pd ajaran islam sbenar..

kala asyik sendirian, aku terlihat seorg muslimah bertudung labuh disebelah akak berambut lurus.. ku tanya hati muslimah itu..' kak, kita boleh buat apa?? sahabat2 kita mencemarkan rumah Allah.. akak x nampak ker .. kenapa kita tak mampu lakukan apa2.. x bolehkah mrk hormati tmpat suci ini.. kita kan dlm masjid nih n bknkah kita negara islam'. Akak itu hanya membatu mgkin talian hati kita x bertemu.. aku terigt ktka pertama kali menziarahi masjid putra.. semua boleh masuk dengan syarat.. memakai tudung, sampai disediakn tdung bg non-muskim

Sakit kepalaku hanya hilang ketika kami sekeluarga membaca tahlil rgkas dirumah..
hmm.. semua org ada kecuali abgku yg tidak dpt balik raya tahun ini. selesai tahlil, kami bersarapan pagi , emm sedap betul masakan mak : ketupat , sambal goreng, lodeyh dan yg paling kami sukai dendeng.. Tak lama selepas itu kami bergegas ke surau annur bagi menyertai gotong royong mengorbankan 3 ekor lembu pd thn ni

Kala melihat lembu disembelih.. aku tertanya.. korban ini untuk siapa?? kambing?? lembu ?? atau siapa?? bila lagi kita nak korbankan sesuatu untuk Allah, islam dan keluarga?? bila??
Duhai saudara seiman dgnku ayuh kita korbankan sesuatu sementara masih ada waktu...
Selamat berkorban....

Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle