Mengambil I"brah dari Musibah...

Khamis, 17 Februari 2011

 5.00 a.m.
 " Allah... dah pukul lima" detik hatiku taktala bagun untuk bersahur.Bangkit sahaja aku dari pembaringan kulihat pintu balkoni luar yg sepatutnya bertutup terbuka separuh. Hatiku tidak merasa apa-apa tika itu kerana memikirkan mungkin emak sudah bangun awal untuk menghirup udara segar di waktu fajar. Terus sahaja aku tuutp pintu itu dan turun untuk bersahur. Kelihatan segalanya baik-baik sahaja.

6.10 a.m.
" Allahuakbar..", taktala aku baru sahaja ingin bertakbiratul ihram menunaikan solat fajar kudengar suara kekecohan dari kamar emak dan abah. Kedengaran seperti ada orang telah pecah masuk ke dalam rumahku! Perasaanku terasa tidak enak, terasa laju pula kuhabiskan solatku waktu itu. Usai solat subuh, aku segera ke kamar emak, " Mak, ana rasa ana tau dia masuk ikut mana. Dia masuk ikut pintu bilik depan tu, pagi tadi ana bangun  pintu terbukak ".

Mak dan abah segera mencari barang berharga masing-masing, nampaknya dompet dan handphone abah tiada!. Abah yang masih baru terjaga dari lenanya kelihatan amat marah memandangkan dia waktu itu sedang sakit pinggang. Raut wajah emak pula kelihatan sungul sekali. Abang pula yang masih terkulat-kulat ters terbangun bila menyedari handphone dan dompet yang diletakkan bawah bantal turut hilang.

Dengan perasaan yang bercampur baur antara marah, geram dan sedih, keduanya melaksanakan solat fajar bersama.Kala itu, aku berasa amat bersalah dan kesal kerana tidak merapatkan tingkap sebelum aku tidur, alasanku malam tadi panas.. Selesai sahaja mereka solat, aku merapati emak. Kulihat air jernih mengalir dipipi emak seraya kuberkata, "mak..ana mintak maaf ". Emak menggeleng lemah sambil mengesat air matanya dia menjawab "takpa..".  ' hebatnya emak, tidak sedikitpun aku dimarahi atas kesilapan besarku ini '.

7.00 a.m.
Kami sekeluarga berkumpul diruang tamu. Suasana amat tegang waktu itu, menyedari laptop pejabat abah dan semua kunci kereta, motor dan rumah juga hilang. Masing-masing buntu, 'macammana nak keluar rumah ni, kunci sume takde'. Tika itu, aku dimarahi atas kecuaianku. Aku juga mengaku bersalah dan hanya mampu diam dan meminta maaf. Waktu itu juga emak selalu mencelah membelaku kerana baginya ini adalh ketentuan-Nya. Aku bersyukur kerana dalam waktu begini emak mampu masih berfikiran rasional. ( walaupun memang aku yang salah ).

Tiba-tiba.. "ha... ada pun kunci". salah seorg dari kami menjumpai kunci rumah disebelah pintu. mungkin emak yang tersalah letak semalam dan Alhamdulillah...inilah yang menyelamatkan kereta Nissan Slyphy yang abah baru beli dikebas malam tadi.

Nenek bersuara, sebenarnya malam tadi dia sedar ada orang masuk tapi diingatnya abang yang balik lambat. "Nenek ingatkan abil, bila ditanya 'abil ke?' 'hmm' dijawabnya, nenek ingatkan abil ", terang nenekku. Menurutnya juga orang tu masuk dua kali, waktu nenek ke bilik air untuk mengambil wuduk, diambilnya pula handphone nenek yang berada disisinya waktu tidur. Alhamdulillah... kami semua bersyukur nenek tidak diapa-apakan. Akibat terlalu memikirkan kesalahanku tidak merapatkan tingkap, aku terlupa yang pencuri itu masuk kedalam bilikku dulu!. Segera aku bertanya adik yang tidur disebelahku malam tadi. "dik, kamu takde pape kan ". Alhamdulillah..alhamdulillah sangat2 kami semua tidak diapa2kan.


   ............................................................................................................................................


Alhamdulillah... semua orang baik-baik sahaja. Inilah kisah 'aku' saya ketika rumah dipecah masuk. Dan saya juga berasa amat bertuah kerana ada 'ibu' macam emak yang sentiasa bersangka baik dengan segala yang berlaku. Pada malam selepas kejadian, masih ada antara kami yang berasa marah dengan pencuri tersebut kerana banyak kerja perlu diselesaikan (report polis, buat i.c baru, lesen baru, tukar sume kunci, beli lock kereta ). Dengan selambanya mak menyanyi sebuah lagu nasyid , " Mana milik kita... mana milik kita... Tiada milik kita" .Abang turut menyanyi bersama emak, waktu itu saya tersenyum bersyukur melihat mereka menerima qadar tuhan. Saya ingin melafazkan syukur sekali lagi apabila keesokan harinya rumah jiran india belakang rumah pula dirompak tapi lebih dahsyat apabila mereka sekeluarga diikat apabila seorang dari keluarga tersebut terjaga. Alhamdulillah, ada juga hikmahnya malam itu, saya tidak bangun awal untuk bersahur, abah terus lena selepas makan ubat, dan abang pula tidak berjaga untuk menonton perlawanan arsenal. Jika tidak, mungkin nasib kami seperti jiran india itu. Wallahua'lam.

Comments

  1. alhamdulillah tak jadi apa-apa yang teruk ann. syukur..

    ana ok je kan?
    lepas ni mesti kau trauma tengok tingkap.
    aku pun pernah terjaga sebab dgr orang nak bukak sliding door dekat bilik aku tuh. naseb baik aku bukak lampu dulu baru tanye, "siapa?"
    aku ingatkan kucing tersangkut sebab bunyi macam cakar-cakar.

    seb baik orang tu tak sempat masuk sebab aku bukak lampu dah.
    ana, lain kali dekat tingkap, selak dengan kayu.. baru boleh tahan tingkap tak boleh bukak dari luar.

    ok? jaga diri dear..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...ak bek2 je. cme trauma sket nk tido kat blek dpan uh. ak dok blek blakang da skang.. nk bkak lampu cne, ak pon x sdar die msok

    ReplyDelete

Post a Comment

~ thanks for your comments~

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle