Kesekularan yang menyakitkan

"secular? what does it mean?"
" it was when u differ between life n religion, when u differ the religious subject n others.."
Selama ini saya selalu dengar tentang sekularisme, tapi saya tak pernah rasa apa-apa. Cuma akhir-akhir ni, sahabat saya ( pelajar diploma dq, bercita-cita menjadi pharmacist ) bertanya waktu kami berborak tentang cita-cita.

Sahabat 1 : Farzana, nak tanye sket.... knape klu org kat bidang lain, macam doktor or jurutera boleh    menghafal al-quran, tapi knape kite ( org yg menghafal al-quran ) tak boleh jadi macam dorg (bidang sains)?
Sahabat 2 : ini semua sebab pemikiran....
Saya        : tak... ni semua sebab sistem pendidikan, sistem 'kita' buatkan org agama nampak lemah, tak pandai dan mengagung-agungkan org yg ambil subjek sains

Saya rasa kita perlu fikirkan kembali, apakah istilah org agama itu benar? Ramai yg agak 'elergic' dengan istilah ini. Sebabnya, ia selalu dikaitkan dengan kelembapan dalam bertindak, lapuk, lama dan tidak mengikut peredaran zaman. Saya tanya pendapat anda, kalau ade orang agama, kemudian yg lain itu, orang apa pula ya? adakah lawan bagi org agama ( sila jawab sendiri).

Berbalik kepada sistem 'kita' yang sekular, anda tak percaya? cuba tanya adik-adik UPSR, berapa banyak latih tubi yang mereka lakukan sebelum periksa hari tu? cuba tanya subjek apa yang paling ditakuti cikgu2 mereka? tentu ada yang menjawab, sains n matematik. cuba tanya ada atau tidak latih tubi untuk praktikal solat... ataupun latihan tajwid? tentu anda sendiri tahu jawapannya....
saya... kami... islam... tidak menolak sedikit pun ilmu-ilmu alam, namun yang menjadi 'kesakitannya' adalah sistem yang memisah, menjarak serta menjurangkan antara pelajar agama dengan bidang2 lain.

Apa kata kita fikirkan bersama... kalau dulu, dunia islam disinari limpahan cahaya ilmuwan seperti ibnu sina, ibn batuta n ramai lagi, yang mana setiap seorg dari mereka menghafal al-quran serta mempelajari lautan ilmu yang berbeza-beza.

Masih segar lagi suara dj ikim yang menceritakan perihal IBN SINA, ilmu pertama yang dipelajarinya adalah al-quaran, kemudian beliau mula menguasai ilmu kesusasteraan dan  falsafah. Setelah meningkat dewasa, beliau terjun pula ke bidang perubatan, dan meneruskan pencarian ilmunya dalam bidang geografi dan ilmu alam. 

Namun, dengan sistem yg kita amalkan kini, mampukah kita HARI INI menghasilkan produk-produk berkualiti yang lahir dari perut islam untuk menjadi pengerak utama agama ini?

"we need someone who is faqih fiddin and at the same time conquer various field of studies"
what say you? 


Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle