Lau kana bainana....



Selawat dan salam atas junjungan besar nabi kita, pendidik, penyelamat sekalian alam... sejahteralah baginda disana dan moga kita dpt duduk, minum, makan bersamanya di akhirat kelak..

Muhammad s.a.w seorang manusia yg makan dan minum, yang bangun dan tidur namun, baginda insan mulia sehingga aisyah r.a taktala ditanya perihal nabi berkata, " Baginda adalah al-quran bergerak". Sedang Penciptanya menukilkan dalam al-furqan, " sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg mulia".

Bagaimana agaknya boleh kita merasai kehadiran baginda bersama kita, sedang telah lebih seribu tahun kita ditinggalkan, diwasiatkan atas kita utk memegang dua perkara, yang mana selagi kita berpegang padanya kita takkan sesat selamanya : al-quran dan sunnah. Dr. Aidh Abdullah al-qarni dalam bukunya "rahmatan lil alamin" berkata nabi itu hidup bersama kita, selagi mana kita makan seperti baginda makan, kita berjalan sepertimana baginda berjalan, kita bersilaturrahim seperti yg diajarkan. Sesungguhnya, benar... baginda hidup bersama kita, telah dididik kita dari adab beristinjak sehingga kepada cara pentadbiran terunggul baginda. Subhanallah.. sungguh... baginda rahmatan lil alamin..

Nasihat khusus buat diri ini, mgkin kita rasa kita sudah cukup kenal nabi junjungan kita, namun diri ini tersentuh taktala dr. Aidh menulis bahwa tiada satu buku pun yg mampu menghimpunkan serta menceritakan perjalanan hidup baginda, baginda terlalu agung untuk dibicarakan dalam hanya satu buku, sunnah baginda terlalu banyak yang amat malang andai kita tdk prnah cuba mengamalkannya. Alangkah indah andai Baginda bersama kita.

Masih segar lagi kata-kata senior, " seandainya sahabat datang  ke zaman kita, pasti kita menganggapnya gila, dan  mereka pula menggap kita kafir", kenapa? seandainya sahabat spt Umar al-khattab yg pernah memasukkn batu dlm mulutnya semata2 mahu menjaga bicara, apa yg akan kita katakan?...  sedang kita pula yg hidup dlm keaadaan iman senipis kulit bawang dengan segala perilaku menyimpang, apa pula mereka akn katakn? Allah... terlampau tinggi iman mereka berbanding kita..

Moga Allah memelihara iman kita dan menempatkan kita dlm kalangan hambanya yg dilebihkan, iaitu para anbiya', para pembela kebenara, syuhada' dan org2 soleh.. kerana mereka adalah sebaik2 teman...

~al-faqir ilallah~
~ sedang berusaha menyanyangi kucing kerana nabi sayang pd kucing ^_^ ~

Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle