Aku... siapa?

Pagi itu sungguh indah, terasa nyaman udara dalam bilik kecil yang menempatkan aku dan usrahku. Masing-masing tampak segar selepas bangkit dari tidur. Malam tadi sungguh seronok, sama-sama masak ( terutama kak  nana) sempena menyambut kegembiraan mendapat keputusan spm. Macam-macam perkara yang dikongsi, setelah lama berusrah inilah kali pertama kami betul2 duduk dalam rumah naqibah kami. (sonok betul ^_^). Dalam keheningan pagi tu, kak nana duduk membaca quran ( dia dulu DQ) . tiba -tiba 

kak nana : ape kate kita buat usrah nak..
kiteorg : nak2, ok jugak
mulalah usrah kami pagi tu dalam pukul 8 pagi, macam-macam perkara yang kak nana share, salah satu yg paling aku igt persoalan mengenai siapa kita dalam kehidupan ni..

kak nana : sape tahu.. ape tujuan kite dijadikn?
aku : utk beribadat kpd Allah, yg ayat wama khalqtul.. tu..
kak nana : ha.. betul2, ok cube bce ayt tu betul2..
(aku pun bacelah betul2)
kak nana: selain yg farzana cakap, ade lgi x?
H : ade2.. yg sruh jdi khalifah.. surah al-baqarah
kak nana : pun betul.. surah al-baqara ayat 30 (kak nana pun bacelah ayt tu)

                     ..........................................................

Sebenarnya persoalan yang nak ditimbulkan disini satu shj.. sape kita didunia ni? Ana rasa bukanlah suatu yg asing lagi apabila soalan ini ditimbulkan, dua dalil konkrit ini pasti akan dibahaskan. Ana sendiri mengakui tujuan kehidupan kita didunia ni utk menjadi hamba kepada al-Khaliq and at the same time memakmurkan bumi-Nya. am i right?

Cume mungkin kita boleh spesifikasikan lagi lorong hidup kita, ana adalah ana, anda adalah anda.. kita mungkin shj berbeza tapi berdiri atas satu paksi yg sama. Sebenarnya, soalan ana.. apa peranan kita? i mean ~ what is your role in this world?. 
Ana beri contoh mudah, contohnya.. Mustafa adalah seorang engineer, dalam pada masa dia adalah hamba Allah dan khalifah dibumi ini. Mustafa menjalankan kerja2 ke'engineer'an dalam kerangka seorang hamba dan khalifah. 
Zubair pula adalah seorang pegawai keselamatan, sama seperti mustafa, zubair menjalankan kerja2 keselamatan dalam kerangka seorang hamba dan khalifah. 
Ana adalah seorang pelajar dan bercita -cita sbg ---, jadi ana perlulah belajar dan bakal bekerja dalam ruang lingkup seorang hamba dan khalifah.
persoalannya sekarang..  siapa anda pada masa akan datang yg seiring dengan watak hamba dan khalifah? 


Setiap dari kita pasti ada kelebihan tersendiri, ade kelabihan yang lahir bersama kita dan ada juga kelebihan yang kita sendiri lahirkan.. yg penting ia tetap kelebihan yang dianugerahkan kpd kita. Bertitik tolak dari kelebihan itulah yg akan melorongkan jalan hidup kita. Ana ade sedikit tips untuk mengenal kelebihan diri.. dimana sebenarnya keakuan anda..

1) kenalpasti minat dan jiwa anda cenderung kemana? (muzik, sosial, talk, computer n etc)
2) uji semula betul ke itu adalah minat sebenar anda, caranya cuba lakukan perkara tu pada waktu tengah malam n anda sgt mengantuk pada waktu tu. kalau boleh anda berjaga sepanjang malam dengan melakukan minat anda itu.
3) sekiranya anda berjaya, maka that's is your soul.. itulah diri anda, tapi kalau gagal cuba cari minat yang lain pula.
4) lepas dah tahu sape jiwa kita, createlah masa depan yang menjiwai jiwa kita dan mampu seiring dengan watak hamba dan khalifah.

p/s- kalau minat itu sesuatu yg kurang baik, perbaikilah.. ^_^  (harap dapat membantu)  

Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle