Syadid (ketegasan)

Salamun alaik.. alhamdulillah,
Terasa dekat benar jiwaku dengan segala perkara yang berlaku dalam program bersama adik2 baru pd minggu lepas. Ana ditaklifkan sebagai pembantu koordinator kepada programmer, dan lebih mengejutkan ditempatkan bersama programer yang syadid (tegas). Ana yang murah dengan senyuman ini (mungkin ^_^) terpaksa untuk memasamkan muka sepanjang waktu program. Subhanallah- berat nanang tugas ni..

Ana bersama sahabat2 lain bersungguh memerah otak untuk mewujudkan satu suasana tarbiyah yang syadid. peserta yang lambat akan dimarahi dan didenda ketika slot kami. Mereka dipaksa berkejar untuk mematuhi arahan kami, setiap peserta yang lambat mahupun blurr akan dimarahi oleh geng2 tarbiyah ini. At the same time, kami sentiasa diperingatkan supaya marah bukan kerana emosi, segalanya adalah satu wadah tarbiyah seorang hafizul quran dan khalifaturrahmnan. Tak kurang juga mendapat bantahan daripada orang atasan apabila kami mengemukakan cadangan denda yang memalukan atau kesyadidan melampau. kata beliau, "biarlah syadid kita berasas dan kita punya hujah untuk syadid' ( setuju 100%).

Masih lagiku ingat sewaktu slot kami mendenda fasi2, peserta bekejar mendapatkan fasi masing2. Kala itu, memang terpaksa meninggikan suara kerana semua orang menjerit, sampai serak suaraku waktu itu. Kami mahukan peserta mengerti erti sebuah persaudaraan, rasa keterikatan antara satu sama lain, dan pada waktu yang sama sentiasa beradab walaupun ketika diprovok. Moga2 kita tidak mudah melatah di jalan dakwah penuh duri ini. Tidak mudah melenting apabila dimarahi dan bersedia menerima arahan dari pihak yang teratas - untuk menghadam erti ke'wala'kan

Perlukah kesyadidan ini? ramai orang memperkatakan tentang ini. ramai juga yang tidak mampu menerima malah menolak tarbiyah secara syadid. Namun, duhai sahabat, kita melihat kepda sasaran dakwah.. kala itu kami berhadapan dengan insan2 hebat pilihan rabbi untuk menghafaz al-quran, mana mungkin seorang penjaga kalamullah kosong dari kekentalan jiwa, jauh dari kekebalan iman.

" Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan kami datang kepada mereka,?.." (al-an'am : 43)

Kami bukanlah hamba yang layak untuk mentarbiyah, kami hanya mahu menyalurkan tarbiyah jiwa yang telah kami dapat buat adik2 yang disayangi. Kalau difikirkan kembali, berapa ramai yang mahu dirnya dibenci? ketika menentukan siapa yang akan act saydid sewaktu slot, ketua disiplin dan ibadah (DNI) ada menyebut " kita mahu meminimumkan orang yang syadid, sebab kalau ramai yang syadid akan lebih ramai yang dibenci". Walaupun masing2 tahu bahawa kami bukanlah sengaja dan suka-suki melenting, namun analogi biasa yg dibawa, luka memang boleh hilang namun parut tetap akan kekal.

Duhai adik dan sahabatku sayang, ibu marah bukan kerana membenci, ayah merotan bukan kerana meluat, segalanya adalah manhaj tarbiyah insani yang mengikut tahap masing2. Begitu juga kami, kami bukan pendidik tapi kami pelangsung tarbiyah disni. Moga2 segalanya kembali kepada Illahi dalam keadaan jiwa nan suci. Wallahu a'lam~



I'm only a normal human being which want you to be an extraordinary person.. and lastly, if i'm wrong...



Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle