2012-06-25

Takbir!!


Salamun alaik.. Alhamdulillah wa syukurillah...


"Akhirnya keputusan sudah muktamad, wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.
Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.
Kemenangan Mursi disambut dingin oleh media pro barat dan ramai penganalisis menjangkakan ketidakstabilan akan berterusan di negeri para firuan itu.
Kini dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin, penganalisis politik menjangkakan antara cabaran utama Mursi adalah berhubung dengan hubungan diplomatik antara Mesir dan Israel.
Selama ini, sejak di era pemerintahan Anwar Sadat, Mesir menandatangani perjanjian diplomatik dengan Israel dan merupakan sekutu kuat Amerika di negara yang berjiran dengan Palestin itu."  (AIDC)

P/s - Subhanallah 3x (^_^)


2 comments:

~ thanks for your comments~