Skip to main content

Posts

Peranan Muslimat dalam medan amal islami

Ini tajuk satu buku yg along ainun suruh baca, satu ceramah dr syeikh faisal al-mawlawi yg dibukukan, mgkn blh share sket kat sni : 1. Kenapa penglibatan muslimat kurang dlm medan amal islami?     Kefahaman yg salah : a) Wanita itu kurg akal n agamanya : menurut satu hadis nabi yg mafhumnya " aku xpnh lihat seorg yg kurg akal n agamanya yg mampu mengalahkan kaum lelaki, bginda ditanya 'siapa mereka', 'mereka itulah kaum wanita' ".  kata syeikh, rmai yg mnafsirkn wnita itu kurg akal n agama dr sgi kualitinya pdhal nabi menergkn kekurgn itu dr segi kuantitinya. sbg contoh : prsaksian 2 org wnita mnyamai 1 org lelaki, (bukti kuantiti). Wanita ada wktu2 trtentu yg melarangnya solat n puasa, pdhal Allah tetp mmberi wnita trsebut phala sbgaiman yg slalu dibuatnya stp hari ( ni satu lg bukti kuantiti bkn kualiti) b) Keegoan kaum lelaki: Dari firman Allah " Lelaki itu pemimpin ke ats kaum wanita", kata syeikh, tafsiran ayt ini lbh kpd lelaki sbg pemimpin k...

Lau kana bainana....

Selawat dan salam atas junjungan besar nabi kita, pendidik, penyelamat sekalian alam... sejahteralah baginda disana dan moga kita dpt duduk, minum, makan bersamanya di akhirat kelak.. Muhammad s.a.w seorang manusia yg makan dan minum, yang bangun dan tidur namun, baginda insan mulia sehingga aisyah r.a taktala ditanya perihal nabi berkata, " Baginda adalah al-quran bergerak". Sedang Penciptanya menukilkan dalam al-furqan, " sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg mulia". Bagaimana agaknya boleh kita merasai kehadiran baginda bersama kita, sedang telah lebih seribu tahun kita ditinggalkan, diwasiatkan atas kita utk memegang dua perkara, yang mana selagi kita berpegang padanya kita takkan sesat selamanya : al-quran dan sunnah. Dr. Aidh Abdullah al-qarni dalam bukunya "rahmatan lil alamin" berkata nabi itu hidup bersama kita, selagi mana kita makan seperti baginda makan, kita berjalan sepertimana baginda berjalan, kita bersilaturrahim seperti yg diajark...

Kesekularan yang menyakitkan

"secular? what does it mean?" " it was when u differ between life n religion, when u differ the religious subject n others.." Selama ini saya selalu dengar tentang sekularisme, tapi saya tak pernah rasa apa-apa. Cuma akhir-akhir ni, sahabat saya ( pelajar diploma dq, bercita-cita menjadi pharmacist ) bertanya waktu kami berborak tentang cita-cita. Sahabat 1 : Farzana, nak tanye sket.... knape klu org kat bidang lain, macam doktor or jurutera boleh    menghafal al-quran, tapi knape kite ( org yg menghafal al-quran ) tak boleh jadi macam dorg (bidang sains)? Sahabat 2 : ini semua sebab pemikiran.... Saya        : tak... ni semua sebab sistem pendidikan, sistem 'kita' buatkan org agama nampak lemah, tak pandai dan mengagung-agungkan org yg ambil subjek sains Saya rasa kita perlu fikirkan kembali, apakah istilah org agama itu benar? Ramai yg agak 'elergic' dengan istilah ini. Sebabnya, ia selalu dikaitkan dengan kelembapan dalam bertindak,...

Bebaskan dirimu ~

Naluri manusia memang suka akan kebebasan, acapkali juga orang inginkan bebas seperti bebasnya si burung terbang di awan nan tinggi. Melihat si burung berkicauan merdu dan melepaskan diri beterbangan sangat dicemburui segelintir manusia. Saya juga pernah bermimpi ingin menjadi burung dan duduk di awan-awanan yang putih dan gebu. Namun, ianya masih sekadar mimpi indah dan tetap selamanya mimpi! Masih segar diingatan saya satu rancangan di tv3 yang menemubual seorang calon spm yang ditemui sedang meneguk botol-botol arak di sebuah disko pada malam peperiksaan. Apabila ditanya kenapa, jawabnya       ` Bang, tension bang, nak hilangkan stress, esok paper chemist'. Allah... tersentap jiwa ini mendengar jawapannya. Bagaimana agaknya terlintas difikirannya untuk bertindak sedemikian di kala rakan-rakan yang lain berjuang habis-habisan bersama buku dan pena! . Kemudian ada seorang gadis yang juga masih bersekolah, ditanya bangga ke pergi ke disko?,...

Millionaire..Billionaire...Trillionaire

" Farzana, awak nak jadi jutawan apa?jutawan faqir ke?". Tergelak mendengar pertanyaan dari guru di SHAMS. Maaf cikgu, bukan niat saya memeningkan kepala cikgu, cuma saya punya sebab tersendiri apabila bercita-cita menjadi jutawan. Sejak saya mula menyemai cita-cita ini persekitaran saya seolah-olah berbicara memberi semangat dan juga nasihat. Ada suatu ketika, saya sibuk menelaah majalah solusi tiba-tiba saya terselak satu laman yang bertajuk ' Jangan lupa memandang ke bumi kalau sudah berjaya ke langit' ilustrasi gambar disitu menunjukkan kartun seorang muslimah yang berkerjaya sedang terbang ke langit. Kala saya membaca artikel itu, ia seolah-olah menasihati diri ini. Lebih menekadkan saya apabila beberapa hari selepas itu saya asyik terselak artikel tersebut setiap kali saya mahu membaca majalah solusi yang sentiasa berada di atas meja. Beberapa hari lepas juga, ketika saya ke pasaraya Giant terdapat satu booth buku dan yang peliknya... mata saya terus menangkap b...

Zinatallaha... (Perhiasannya)

  " Sesungguhnya kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan untuk menguji siapa diantara mereka yang paling baik amlannya. Dan kami jadikan di atasnya tandus lagi kering "  (al- Kahfi ayat 6-7)  Segalanya adalah perhiasan kau adalah perhiasan aku adalah perhiasan dia juga adalah perhiasan kadangkala tak semua perhiasan itu indah apatah lagi tanpa disulami salimul akidah Dan.. rupa-rupanya.. semua perhiasan itu adalah suatu bahan bahan bagi menguji ahsanu amala seorang insan bergelar hamba Ah.. terkadang aku juga terlampau leka dek panahan hiasan yang fana kerna indahnya ia memukau jiwa yang masih rapuh dek dosa nista Hmm... aku juga terkadang teralpa dari mencari hikmah disebaliknya yang pasti..pasti ada dan sudah tertinta di atas sana Ya Allah... jadikan kami dalam kalangan hiasan terindah yang punya salimul aqidah yang milliki sohihul ibadah dan memakai mantiqul khuluq.. amin.. 

How much are you worth?

" Berapa nilai kamu? atau apa nilai kamu?", kak nana menyoal kami usai solat subuh. " Nilai 3", jawab salah seorang dari kami. Deraian tawa memecah keheningan pagi ahad itu kala berusrah bersama kak nana. Malam tadi, kak nana masak sangat sedap - tomyam siam, kangkung masak cam kailan, ayam goreng dan kentang. Semuanya sebagai tanda meraikan kejayaan adik-adik usrahnya dalam spm.. Alhamdulillah. " Bukanlah maksud akak berapa hantaran yang akan kamu mintak nanti... tapi apa nilai kita di sisi Allah. Adakah kita bernilai ataupun tidak? macam mana nak tahu kita ni bernilai ke tidak?", sambung kak nana menerangkan pada kami." Hurm.. melalui kawan.. atau amalan kita.." jawab salah seorang dari kami. " Ok.. betul-betul lagi sikit lagi...". Puas kami memutar otak di pagi hari itu. " Camni lah, apa tujuan hidup kita?kita ada dua tujuan", soal kak nana lagi. " Mengabdikan diri kepada Allah.. ' dan tidaklah kami jadikan manu...