HIJRAH : Mendepani Perubahan




Saban tahun kita menyambut maal hijrah, setiap tahun juga kita bertukar tema. Tahun ini bertemakan " memantapkan ukhuwah, memperkasa ummah " mengiktiraf Prof. Dr. Yusuf Al - Qardhawi sebagai tokoh maal hijrah luar negara.Beliau berucap begitu lama dan penuh ilmu namun berapa peratus yang berada di dalam dewan itu yang memahami makna tiap katanya. Alangkah rugi mereka yg bertemu ketua ulama' itu tanpa mengambil manfaat daripadanya.Ayuh kita ketepikan masalh mereka.. fokuskan pada diri kita..hijrah tahun ini mendepani perubahan..

Andai semalam kita masih dalam kegelapan, ayuh hari ini kita keluar mencari cahaya
Andai semalam kita masih anak kecil, ayuh hari ini kita membesar
Andai semalam kita hidup kerana teman, ayuh hari ini kita ubah tujuan hidup kita
Andai semalam kita asyik bermain cinta, ayuh hari ini temukan cinta hakiki
Andai semalam kita lena diselimut hiburan, ayuh hari ini kita bakar selimut itu
Andai semalam kita lemah diusik syaitan, ayuh hari ini kita kukuhkan iman kita


Andai dikau masih tidak mahu mendepani perubahan,
cukup sekadar kau bertahan dari melakukan dosa



~ the largest room in the world is : the room of improvement ~

Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle