Kuatkah aku??

Kala ini ku melihat bahuku
ke kanan dan ke kiri
semakin condong nampaknya
makin hari makin banyak yg menghampiri
sedang diriku masih kerdil lagi
segalanya kuterima kerana mereka


Aku seorang remaja
aku jua seorang pemimpin
aku jua seorang muslimah
iblis dan syaitan selalu menghampir
membenci dan mengacau perjuangan diri ini
selalu saja aku dipersimpangan
atau berada dihujung tanduk


Kadangkala aku tak terhenti
lelah aku memenuhi kehendak semua
runsing hatiku memikirkannya
ku tak mahu menjadi lilin
mencairkan dirinya untuk menerangi yang lain
namun ku mahu menjadi mentari
dia adalah sumber utama cahaya
walau diri dibakar namun tak pernah cair


Kala ini ku teringat srikandi agung
Zainab al-Ghazali empunya diri
begitu cekal dalam mendepani
segala seksaan manusia iblis
seorang muslimah, seorang isteri
namun merasa diri dipilih
menjadi pemimpin kaumnya sendiri
agar kembali pada Illahi


Usahlah hati kau ragu lagi
kau jua adalah sepertinya
usah dipersoal lagi kehidupan ini
ayuh contohi teladan ini
usah kau lupa pesananku ini
walau siapa kau didunia
kau tetap hamba disisiNya..


Comments

Popular posts from this blog

Memori Azimat Diriku

Diari Musafir Ilmu 2

Bernoulli's principle